Ini 9 Filem Yang Bakal Temui Kaki Wayang Bermula 1 Julai 2020

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan pembukaan semula pawagam pada 1 Julai 2020 selepas ia ditutup sejak 18 Mac lalu. Walaupun ia ditutup selama tiga bulan, pembukaan pawagam juga tidak terlepas daripada prosedur operasi standard (SOP) yang akan dikeluarkan oleh kerajaan.

Sama seperti pawagam di negara lain, orang ramai masih perlu mengamalkan penjarakan sosial dengan menyelang tempat duduk antara penonton.

Penjarakan sosial kini sudah menjadi normal baharu dalam setiap aspek kehidupan kita berikutan penularan COVID-19 di seluruh dunia.

Sementara itu, Golden Screen Cinemas (GSC) telah berkongsi senarai filem yang bakal ditayangkan Julai ini:

1. Tenet

2. Train to Busan: Peninsula

3. Mulan

4. My Hero Academia: Heroes Rising

5. Digimon Adventure : Last Evolution Kizuna

6. Unhinged

7. Intruder

8. Low Season

9. Kaiji: Final Game

Sementara itu, anda boleh mendapat lebih banyak maklumat mengenai tarikh tayangan filem berkenaan di laman Instagram GSC.

Pada pendapat anda, filem manakah yang paling menarik perhatian daripada perspektif seorang penonton? Apa-apa pun, anda perlu mematuhi setiap arahan kerajaan supaya kita boleh membendung penularan wabak meragut nyawa ini bersama-sama.

Walaupun kita kini sudah menjalani aktiviti harian dalam normal baharu, kita perlu menjaga kesihatan supaya Malaysia boleh capai 28 hari sifar kes COVID-19 dan sekali gus bebas daripada wabak meragut nyawa tersebut.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan filem, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca