Ini 7 Personaliti Si Bulus Menurut Warnanya

Kucing daripada baka yang berlainan mempunyai personaliti berbeza mengikut warna bulunya. Kami kongsikan tujuh personaliti si bulus mengikut warna bulu:

1. Calico 

brown white and black cat on gray concrete floor

Dasar bulu kucing domestik ini berwarna putih tetapi ia turut mempunyai dua tompokan warna berbeza iaitu jingga dan hitam. Sekiranya anda mahu tahu, ia mempunyai banyak personaliti yang boleh berubah dan memberi kejutan.

Kucing Calico ini selalunya sangat aktif, suka bermain dan mempunyai perasaan ingin tahu yang kuat. Satu fakta menarik tentang baka ini adalah kebanyakan daripada kucing Calico ialah betina.

Sekiranya kucing Calico yang anda temui adalah jantan, ia mungkin mempunyai masalah sistem reproduksi.

2. Tortoiseshell 

black and brown cat lying on rock

Berbeza daripada kucing Calico, warna dasar bulu tortoiseshell ialah hitam. Ia merupakan teman yang paling setia walaupun personalitinya sering berubah-ubah.

Tortoiseshell ini merupakan seekor kucing yang pemalu. Ia sering menjauhkan diri daripada orang tidak dikenali. Apabila hubungan mula tercipta, ia akan mencurahkan kasih sayang yang tidak terhingga kepada penjaganya.

Sama seperti kucing Calico, kebanyakan daripada kucing tortoiseshell ini adalah betina.

3. Piebald

brown tabby cat on blue textile

Warna dasar kucing piebald ini adalah putih tetapi ia mempunyai tompok warna yang lain. Ia mempunyai personaliti yang lebih stabil tetapi adakalanya berubah-ubah.

Kadangkala si bulus ini boleh jadi sangat penyayang dan clingy kepada penjaganya tetapi adakalanya ia akan menjauhkan diri daripada penjaga.

4. Oren 

Seekor kucing yang penyayang dan sweet, ia lebih cenderung untuk mengeluarkan bunyi sekiranya ia mahukan perhatian.

Si bulus ini terkenal dengan sikapnya yang peramah dan lebih mesra alam berbanding kucing-kucing lain.

5. Hitam

Walaupun banyak mitos menganggapnya sebagai pembawa nasib malang, ia merupakan seekor kucing yang cenderung menjadi pemalu tetapi sangat penyayang.

Sekiranya anda mahu tahu, kucing hitam ini lebih sensitif daripada baka-baka yang lain.

6. Kelabu

Ia merupakan seekor kucing yang nakal dan affectionate serta mempunyai telatah yang menghiburkan hati.

7. Putih 

selective focus photography of white cat

Ia mempunyai personaliti yang kompleks dan sukar untuk difahami. Penjaga selalu akan mengambil masa untuk membentuk hubungan dengannya tetapi ia berbaloi pada akhirnya.

Ia merupakan seekor kucing yang cantik dan pembersih. Selain itu, kucing berwarna putih ini pemalu dan suka menjauhkan diri. Walaupun kasar dengan orang luar, ia sangat setia kepada individu yang dipercayainya.

Pada pendapat anda, adakah warna bulu kucing ini mempengaruhi personaliti mereka?

Penulis:

  • Nur Hanis Hanani Bazli adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan kucing, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca