Ini 7 Perkara Yang Menurut Sains Akan Buatkan Anda Jadi Kurang Menarik

Sains telah mengkaji bahawa terdapat beberapa perbuatan atau tindakan yang berpotensi membuatkan anda jadi kurang menarik.

Kami senaraikan antara 7 perkara yang menurut sains akan buatkan anda jadi kurang menarik.

1. Menjadi jahat/kejam

Tiada siapapun yang sukakan orang yang jahat ataupun kejam. Ia akan membuatkan anda kelihatan tidak menarik.

Sebenarnya, ia bukan sahaja penting untuk tidak berperilaku jahat, tetapi wajah anda juga tidak boleh kelihatan seperti itu.

2. Tidak pandai berjenaka (no sense of humour)

Sekiranya anda tidak pandai untuk berjenaka, anda secara tidak langsung telah mematikan daya tarikan orang daripada berkenalan dengan anda. Kajian mendapati bahawa mereka yang mempunyai sense of humour ini adalah lebih menarik.

Anda perlu tahu tentang isu-isu semasa atau mungkin cara bagaimana untuk berjenaka. Dengan cara ini, kehidupan anda mungkin akan jadi bertambah baik dan lebih positif.

3. Menunjukkan bahasa badan yang kurang menyenangkan

Bahasa badan memainkan peranan yang penting. Menyilangkan lengan ke atas dada dan membungkuk adalah sesuatu yang akan menjadikan diri anda kurang menarik.

Sekiranya anda pernah dengar mengenai ‘power pose’, pasti anda tahu bahawa membuka dan mengembangkan bentuk badan akan memberikan anda lebih keyakinan. Manakala sekiranya anda melengkungkan badan, ia akan membuatkan anda berasa tidak yakin.

4. Tidak jujur/suka menipu

Kajian mendapati bahwa ketidakjujuran adalah perkara yang akan membuatkan anda kelihatan tidak menarik.

Kejujuran adalah sifat yang sangat memberikan kesan besar terhadap daya tarikan dan rasa suka terhadap seseorang itu.

5. Malas

Kemalasan sebenarnya bukanlah sesuatu perkara yang baik. Dalam satu kajian, penyelidik meminta para pelajar untuk menilai daya tarikan sesama sendiri pada awal dan akhir semester dan keputusan mendapati bahawa ada pelajar yang dinilai sebagai menarik dan ada yang dinilai sebagai tidak menarik gara-gara ada di antara mereka yang menunjukkan sikap malas.

6. Tidak mendapatkan tidur yang cukup

Tidak mendapatkan tidur yang cukup bukan sahahaja akan menjejaskan kesihatan anda, bahkan akan menjadikan anda tidak menarik. Ia akan menyebabkan anda kelihatan tidak bermaya, sedih dan pucat.

7. Tertekan

Kebiasaannya apabila tertekan, anda tidak akan mengambil peduli perihal penampilan atau perasaan orang sekeliling anda. Ini secara tidak langsung akan menjadikan anda kelihatan tidak menarik.

Satu kajian pada tahun 2013 mendapati bahawa wanita dengan tahap hormon tekanan iaitu hormon kortisol yang tinggi dilihatkan sebagai tidak menarik oleh kaum lelaki.

Jadi, adakah anda mempunyai salah satu ciri yang kami sebutkan ini? Jika ya, anda mungkin perlu mengubah diri anda menjadi yang lebih baik agar disenangi orang sekeliling.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca