Walaupun amalan membaca ini merupakan satu hobi yang murni, namun ia masih tidak terlepas dengan perangai-perangai pelik para pencinta buku.
Kami kongsikan tujuh perangai pelik yang para pencinta buku mungkin boleh relate menerusi artikel ini:
1. Penanda buku
Secara ringkasnya, pencinta buku ini akan menggunakan apa-apa sahaja seperti sampul duit raya, stiker, kertas kecil dan tisu sebagai penanda buku mereka.
2. Gaya baca buku
Lain orang lain gayanya. Ada yang selesa membaca sambil baring tetapi ada pula yang lebih gemar membaca buku sambil duduk di atas kerusi sahaja.
3. Membaca semasa B.A.B
Bagi anda yang ingin tahu maksud di sebalik akronim berkenaan, B.A.B ialah membaca semasa buang air besar.
Mereka yang mempunyai tabiat pelik ini menjelaskan bahawa tabiat membaca semasa B.A.B ini lebih feel dan rasa nyaman sahaja.
4. Bayangkan watak dalam buku
Tipulah kalau anda sebagai pencinta buku tidak pernah berada dalam situasi seperti ini. Mungkin ada yang menganggap tabiat ini tidak pelik seperti yang digembar-gemburkan kerana anda terlampau attached dengan watak-watak dalam buku tersebut.
Dalam erti kata lain, anda kini seperti kaset yang rosak kerana tidak dapat melupakan watak dalam buku tersebut.
5. Pantang ada promosi
Pantang ada promosi mesti mahu borong buku. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan, naluri membeli-belah dalam talian anda mungkin tidak dapat berhenti.
Dalam menggalakkan orang ramai untuk terus patuh kepada saranan kerajaan untuk duduk di rumah, MyCreative Ventures telah tampil dengan satu kempen di mana 119 pembeli terawal buku Lejen Press akan diberi subsidi sebanyak RM8 bermula 2 April sehingga 8 April ini.
Dalam erti kata lain, siapa cepat, dia dapat. Anda boleh baca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang syarat-syarat untuk mendapatkan subsidi sebanyak RM8 untuk novel-novel terbitan Lejen Press.
SUBSIDI RM8 UNTUK 17 ORANG SETIAP HARI. #dudukrumahbacabuku
— LEJEN (@LejenPress) April 2, 2020
MyCreative Ventures berbesar hati belanja korang RM8 untuk beli buku @lejenpress.
Cth: Beli RM30, hanyar bayar RM22.
Cara:
1. Tangkap layar (screenshot) tweet ini
2. Whatsapp ke https://t.co/qzfcWqRs8N pic.twitter.com/7Bh4lznoN4
6. Tidak cukup duit
Situasi ini tentu dialami oleh ramai pencinta buku. Walau bagaimanapun, anda masih boleh mendapatkan empat buah buku terbitan Lejen Press dengan harga RM20 dan RM50 sahaja!
Rugi kalau anda tidak beli sekarang. Promosi ini akan dijalankan sehingga 5 April (Ahad) sahaja, jadi jangan tunggu lama-lama dan terus tekan butang beli di laman web lejen.my!
PBAKL 2020 TANGGUH, KERAJAAN SARAN KURANGKAN AKTIVITI LUAR, INI MASA UNTUK BACA BUKU
— LEJEN (@LejenPress) March 12, 2020
1. Whatsapp untuk tempah: https://t.co/qzfcWqRs8N
2. Tunggu posmen sampai
3. Baca buku dan kongsikan kebanggaan dan kegembiraan anda di media sosial
– Tamat pada 5/4/2020 pic.twitter.com/OlsF1FZaJ2
7. Pinjam buku tetapi tidak reti pulang
Orang yang pernah kena pasti terasa peritnya sehingga ke hari ini. Jangan terkejut kalau ada pencinta buku yang sanggup berbelanja untuk membeli sekali lagi buku yang sama semata-mata untuk menggantikan koleksi buku yang tidak dipulangkan oleh si peminjam.
Selepas membaca artikel ini, anda pula tergolong dalam kategori yang mana satu?
Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan pencinta buku, anda boleh klik pada pautan di bawah: