Ini 6 Pilihan Warna Terbaik Untuk Bilik Tidur Anda

Bilik tidur merupakan tempat untuk semua orang bersantai dan beristirahat. Oleh itu, ia merupakan satu tindakan wajar untuk mengecat bilik tidur anda dengan warna yang menenangkan.

Kami kongsikan enam pilihan warna yang terbaik untuk bilik tidur menerusi artikel ini:

1. Mauve

Sumber: House Beautiful

Sekiranya bilik tidur anda dicat dengan warna mauve, ia mempunyai kesan yang menenangkan penghuninya. Warna yang romantis ini juga sesuai untuk menghiasi bilik remaja perempuan.

2. Biru gelap

Sumber: Pinterest

Warna ini sesuai untuk bilik tidur utama yang berskala besar ataupun untuk lelaki. Warna cat bilik tidur yang menenangkan ini diilhamkan daripada gabungan ketenangan dan maskulin.

3. Kelabu

Sumber: Pinterest

Bukan sahaja kelabu ini mudah digabungkan dengan elemen hiasan yang lain, ia turut memberi kesan yang lebih sejuk kepada bilik tidur anda.

4. Lavender

Sumber: Pinterest

Warna ini sering dikaitkan dengan kesan hirupan udara yang nyaman dan aura feminin. Bagi golongan wanita yang kurang sesuai dengan merah jambu, anda boleh pilih sahaja warna lavender sebagai alternatif.

5. Off white

Putih bukanlah warna pilihan untuk dinding bilik tidur kerana ia terlalu simple dan kosong. Walaupun begitu, salah satu alternatif bagi anda yang masih mahu mempamerkan dinding putih bersih ialah memilih warna cat yang seakan-akan putih.

6. Biru langit

Sumber: Pinterest

Sekiranya anda mengecat bilik dengan warna biru langit, ia boleh menjadikan kualiti tidur lebih nyenyak. Ia bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, tetapi warna ini dapat digunakan oleh orang dewasa untuk bilik mereka tanpa mengira usia dan jantina.

Pada pendapat anda, warna apa yang paling sesuai digunakan untuk bilik tidur?

Penulis:

  • Nur Afida Hannan adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan dekorasi bilik tidur, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca