Ini 6 Kawasan Zon Merah COVID-19 Yang Anda Perlu Tahu

Pada Ahad lalu, Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Dr. Noor Hisham Abdullah telah mengumumkan kawasan-kawasan zon merah penularan wabak COVID-19 di Malaysia sepertimana yang disenaraikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Senarai berkenaan melibatkan enam dan empat daripadanya adalah di sekitar Lembah Klang. Berikut kami kongsikan senarai penuh zon merah COVID-19:

1. Petaling Jaya: 96 kes

2. Lembah Pantai: 90 kes

3. Hulu Langat: 75 kes

4. Johor Bahru: 52 kes

5. Seremban: 42 kes

6. Titiwangsa: 40 kes

*Jumlah bilangan kes di atas adalah setakat 21 Mac 2020 sepertimana yang dilaporkan KKM.

Menurut Dr. Noor Hisham, mana-mana kawasan atau daerah yang mempunyai lebih 40 kes positif COVID-19 dikategorikan sebagai zon merah.

“Daerah yang dilabelkan warna merah itu bermaksud mempunyai rekod 40 kes ke atas. Jadi, kalau warna merah itu kita akan pastikan gunakan geolokasi dan kita akan tahu daerah-daerah di setiap negeri yang terlibat,” kata beliau.

Tambah beliau lagi, senarai kawasan zon merah ini juga sekali gus akan memudahkan Pejabat Kesihatan Negeri untuk lebih fokus dan tampil melaksanakan pencegahan awal selepas mengetahui daerah mana yang terlibat.

Untuk baca artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca