Ini 6 Janji Allah Kepada Orang Yang Gemar Bersedekah

Sedekah merupakan satu perbuatan yang mulia. Dengan bersedekah, secara tidak langsung kita mampu meringankan sedikit beban seseorang.

Selain boleh membantu sesama manusia, Allah SWT juga akan membalas mereka yang bersedekah dengan pahala dan ganjaran.

Berikut penulis kongsikan enam janji-janji Allah kepada golongan yang suka bersedekah:

1. Menghapuskan dosa-dosa

Sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi)

2. Peluang berteduh di hari kiamat

Sabda Rasulullah SAW: “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.” (HR. Bukhari)

3. Harta bertambah banyak

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Harta tidak akan pernah berkurang dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kebaikan baginya.” (HR.Muslim)

4. Bebas daripada siksaan kubur

Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.” (HR. Ath-Thabrani)

5. Wujud pintu syurga yang hanya untuk orang bersedekah

Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda:

“Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka dia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu syurga: Wahai hamba Allah, ke marilah untuk menuju kenikmatan. Jika dia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan solat, dia akan dipanggil dari pintu solat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika dia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” (HR. Bukhari dan Muslim)

6. Menjauhkan diri daripada api neraka

Rasulullah SAW bersabda:

“Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma. Jika kamu tidak punya, maka bisa dengan kalimah thayyibah” (HR. Bukhari dan Muslim)

Demikian merupakan enam janji Allah kepada mereka yang bersedekah. Semoga perkongsian ini secara tidak langsung memberikan anda serba sedikit ilmu untuk terus bersedekah kepada seisi alam.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai artikel yang menceritakan tentang amalan sedekah, sila klik pada pautan di bawah:

Sedar Tidak Ramai Bawa Wang Tunai, Peminta Sedekah Ini Terima Pembayaran Secara Nirtunai

Saint Of Bailovo, Pengemis Yang Mengemis Demi Membantu Orang Lain

Kematian Yang Dicemburui, Imam Ini Meninggal Dunia Semasa Imamkan Solat Subuh

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca