Ini 6 Cara Membantu Anda Untuk Mudah Tidur Malam

Kehidupan yang sibuk dan terlalu banyak berfikir menyebabkan anda sukar untuk tidur lena pada waktu malam. Hal ini boleh memudaratkan kesihatan anda.

Tidur yang tidak seimbang boleh melesukan badan anda dan menjadi tidak bermaya sepanjang hari. Perubahan pada wajah juga boleh kelihatan apabila kekurangan tidur.

Kurang tidur juga akan menjadikan anda cepat marah dan sistem imunasi menjadi lemah. Selain itu, diet juga akan berubah mengikut cara anda tidur.

Terdapat enam cara bagi memudahkan anda untuk tidur pada waktu malam:

1. Regangkan badan dan tenang

Senaman yang meregangkan badan akan menyebabkan badan lebih segar dan tenang hingga memudahkan anda untuk tidur. Regangkan setiap anggota badan daripada kaki hingga ke kepala.

Tarik nafas dan hembuskannya secara perlahan. Kemudian anda akan merasa lebih lega untuk tidur.

2. Melakukan teknik pernafasan yang betul

Kaedah menarik nafas akan membuatkan badan anda lebih berasa lega. Antara kaedahnya adalah:

  • Meletakkan lidah di belakang gusi anda
  • Kemudian menutup mulut dan menarik nafas secara perlahan
  • Tahan selama empat saat kemudian hembuskannya perlahan-lahan dalam lapan saat.

3. Sejukkan dan gelapkan bilik

Kaedah ini juga memudahkan anda untuk tidur dengan tenang. Suhu yang panas di dalam bilik akan menyukarkan anda untuk tidur. Tetapi jika bilik anda sejuk, minda akan berasa tenang.

Selain itu, pencahayaan juga boleh membuatkan anda alert dan sukar untuk tidur. Justeru itu, keadaan yang gelap boleh memudahkan untuk anda tidur.

4. Bersenam dari pukul 4 petang hingga 7 petang

Senaman akan melepaskan rasa tegang pada badan serta menghasilkan hormon dan boleh memudahkan proses untuk tidur.

Walaupun aktiviti ini memenatkan, namun apabila anda terasa keletihan ia pasti memudahkan diri anda untuk tidur pada malamnya.

5. Hilangkan bunyi

Beli earphone atau sesuatu yang boleh menapis telinga anda daripada mendengar banyak bunyi. Bunyi yang kuat boleh menganggu sistem tidur anda. Justeru itu, dengan menggunakan earphone atau penapis lubang telinga, ia pasti memudahkan anda untuk tidur.

6. Paksa diri untuk berjaga

Pada waktu siang pula, anda paksalah diri anda untuk berjaga daripada tidur. Lakukanlah banyak hal agar membuatkan badan anda akan berasa penat pada waktu malam. Anda juga harus memaksa diri untuk tidur.

Penulis:

  • Farah Adriana Binti Md Azis adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan tidur, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca