Ini 5 Teknik Pelaris Maha Penting Yang Pemilik Restoran Perlu Ikuti Untuk Jualan Berlipat Ganda

Kami akan kongsikan lima teknik yang pemilik perniagaan makanan dan minuman (F&B) perlu ikuti untuk memperoleh keuntungan berlipat ganda menerusi artikel ini:

1. Papan tanda kedai

Untuk restoran yang belum dikenali atau tidak mempunyai jenama kuat, perkara ini adalah yang paling penting.

Pilihan nama pada papan tanda yang menjelaskan kekuatan menu restoran anda mampu menarik pelanggan untuk berkunjung.

Nama seperti Nasi Kukus Chef Zam, Restoran Nasi Ayam Mak Cik Kiah, Char Kuetiau Padu Kak Salmah dan Sup Terangkat Pak Anep sebagai contoh dapat memberi gambaran terbaik untuk memanggil pelanggan berkunjung ke restoran anda berbanding nama seperti Restoran Ombak Pantai, Kafe Riuh Gembira dan seangkatan dengannya.

Perkara ini nampak kecil dan remeh. Walau bagaimanapun, ia perlu diambil kira sekiranya anda merupakan seorang pemilik restoran yang tidak mempunyai banyak masa atau peruntukan untuk melakukan kerja penjenamaan dan pemasaran serta mengharapkan hasil yang baik dalam masa singkat.

2. Khidmat pelanggan

Aspek ini amat penting untuk difahami, dipelajari dan diperbaiki dari semasa ke semasa oleh pemilik restoran. Sedap macam mana pun masakan di restoran anda, anda akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pelanggan tetap atau berulang sekiranya kualiti layanan tidak memuaskan.

Pelanggan yang berpuas hati dengan servis dan layanan yang diberikan kepada mereka bukan sahaja berpotensi untuk kembali di lain hari malah turut boleh menjadi enjin pemasaran percuma untuk perniagaan anda.

Begitu juga sebaliknya. Terdapat kemungkinan bahawa pelanggan tidak berpuas hati akan membuat komen yang tidak bagus di media sosial dan Google review yang pasti akan memberikan kesan negatif kepada perniagaan anda kelak.

3. Gambar pada buku menu

Setelah melangkah masuk ke premis anda, selain kekemasan dan kebersihan restoran, menu yang tertera pada buku menu akan memudahkan pelanggan membuat pesanan.

Aspek nama makanan atau minuman dan foto yang jelas serta menggiurkan perlu dititikberatkan. Foto yang jelas dan cantik pastinya akan membangkitkan selera pelanggan.

Ini penting terutamanya untuk menarik pelanggan memilih menu dengan nilai margin yang lebih menguntungkan kepada perniagaan anda. Jika tidak mahir dalam perkara ini, anda boleh juga mengupah jurugambar dan pereka grafik untuk menghasilkan sebuah buku menu yang turut berfungsi sebagai ‘jurujual’ senyap namun efektif buat restoran anda.

4. Keberadaan jenama di carian Google

Pernah tak berada dalam situasi di mana anda memerlukan maklumat tentang sesuatu dan terus membuat carian tentangnya di Google?

Jika berada di Shah Alam dan ingin mencari tempat makan terbaik untuk mengisi perut yang lapar, apakah yang anda akan lakukan? Anda akan membuat carian di laman Google dan menerima jawapannya serta-merta.

Tempat makan best Shah Alam, tempat makan menarik Shah Alam, restoran best di Shah Alam, tempat makan best Shah Alam 2020, restoran sedap di Shah Alam, kedai makan Shah Alam dan sebagainya.

Adakah restoran anda berada dalam radar carian Google untuk kata kunci carian-carian ini bagi kawasan anda? Jika tidak, bisnes restoran anda telah kehilangan terlalu ramai prospek pelanggan. Rugi besar pastinya.

Untuk perkara ini:

i. Gunakan Google Ads dengan bayaran pengiklanan harian dari semasa ke semasa

ii. Nama restoran anda perlu berada dalam laman web dengan kekuatan SEO yang baik untuk sentiasa muncul dalam carian berkenaan di Google.

Ini sama ada dengan menghasilkan kandungan di laman web sendiri dengan kos dan kemahiran tertentu atau anda boleh membayar kos pengiklanan kepada agensi atau syarikat pencipta kandungan untuk menghasilkannya dengan kadar antara RM500 hingga RM5,000 (atau lebih) sekali bayar.

5. Media sosial

Kepentingan media sosial untuk perniagaan tidak dapat dinafikan pada era ini. Hampir setiap prospek pelanggan anda pasti memiliki akaun media sosial mereka sendiri seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Bayangkan jika anda mengabaikan aspek ini, berapa ramaikah prospek pelanggan yang anda akan terlepas? Tidak terkira jumlahnya. Itu pasti.

Media sosial untuk restoran adalah medium digital untuk memperkenalkan jenama restoran, memudahkan bakal pelanggan membuat keputusan untuk berkunjung dan bertindak untuk menyampaikan promosi restoran anda dari semasa ke semasa.

Pengurusan media sosial bagaimanapun sering dianggap mudah dan dipandang remeh oleh kebanyakan pemilik restoran. Hasilnya, media sosial yang diaktifkan untuk mengikut trend dan keperluan semasa tidak lebih sekadar ada dan langsung gagal memberikan impak positif kepada bisnes.

Ia bukan sekadar ambil gambar dan tulis kapsyen tetapi melibatkan banyak proses. Contohnya, perancangan media, penghasilan gambar, video dan poster, penjadualan, penghasilan kandungan, kerja penjenamaan, pemasaran kreatif, analisis, khidmat pelanggan serta banyak lagi.

Anda mempunyai dua pilihan untuk memperkasakan impak pengurusan media sosial restoran anda.

Pertama, pemilik restoran perlu mempelajari seni pengurusan media sosial melalui bacaan, kursus (dalam talian atau sebaliknya), menambah kemahiran foto, grafik dan penulisan serta membuat rujukan daripada mereka yang pakar dan berpengalaman.

Selain itu, anda boleh melantik staf berkemahiran untuk menguruskannya atau pihak ketiga yang menawarkan khidmat pengurusan media sosial.

Servis pemasaran menyeluruh di media sosial dan Google

Jenama restoran anda boleh kekal dalam carian Google untuk carian tempat makan menarik di kawasan anda dengan kos hanya RM500 sahaja. Menariknya, ia hanya sekali bayar sahaja. Tiada bayaran bulanan dan caj tersembunyi.

Artikel yang menyenaraikan restoran anda juga bakal mencapai antara 500 ribu sehingga 1 juta lebih impression dan paparan halaman. Ya, semua ini hanya dengan RM500 sahaja sekali bayar.

Untuk pengurusan media sosial, kami mempunyai pengalaman dan kemahiran mengendalikan media sosial jenama-jenama besar F&B dan restoran-restoran yang baru memulakan perniagaan dengan hasil yang sangat baik.

Untuk setiap perincian pengurusan dan aspek pemasaran digital di media sosial termasuk integrated marketing pula, pakej bermula serendah RM1,800 sahaja.

Anda tidak perlukan staf tambahan untuk menguruskan media sosial restoran. Anda tidak perlu melantik designer atau freelancer untuk menghasilkan grafik dan poster. Anda juga tidak perlu membayar gaji pengurus pemasaran untuk bahagian media sosial.

Semuanya akan diuruskan dan dijalankan dengan efektif sesuai dengan keperluan bisnes restoran anda. Serahkan kepada yang pakar dan anda hanya perlu fokus kepada pemantapan produk makanan, servis restoran, pengalaman pelanggan dan aspek pengurusan lain.

Selain rasa makanan yang sedap dan menyelerakan, sediakan restoran anda dengan setiap lima perkara di atas dan lihatlah hasilnya nanti. Pelanggan akan berduyun-duyun dan berulang-ulang datang ke premis anda sampai tidak menang tangan dibuatnya.

Untuk rundingan percuma berkenaan pemasaran digital dan pengurusan media sosial bagi F&B, sila hubungi Suhaira (018- 261 9410) atau Hana (011-1564 4273).

Untuk membaca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca