Ini 5 Tanda Yang Menunjukkan Anda Ketagih Media Sosial

Penggunaan media sosial yang berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kemurungan yang sangat teruk. Media sosial juga boleh menyebabkan berlakunya kes buli secara siber terutamanya di kalangan remaja. Dalam kes tertentu, kes buli secara siber ini boleh menyebabkan mangsa bunuh diri.

Persoalannya, adakah anda menggunakan media sosial secara berlebihan? Adakah anda ketagih menggunakan media sosial? Mari kami kongsikan antara tanda-tanda yang anda ketagih media sosial.

1. Bila dapat notifikasi, terus capai telefon

Untuk pengetahuan anda, notifikasi telefon memiliki dopamin atau zat kimia yang akan memberi kesan terhadap otak. Oleh sebab itu, apabila seseorang mendengar notifikasi telefon mereka berbunyi, mereka akan berasa teruja.

Menurut kajian, dopamin adalah unsur utama dalam kebanyakan penyebab ketagihan.

2. Suka melengahkan kerja

Sikap suka melengah atau melambat-lambatkan kerja adalah sesuatu yang tidak baik kerana ia boleh menjejaskan prestasi badan dan minda pada kadar yang lebih teruk daripada yang disangka.

Situasi ini menjadi bertambah teruk apabila waktu yang sepatutnya digunakan untuk menyiapkan tugasan, kini digunakan pula untuk bermain telefon dan menyemak akaun media sosial.

Mungkin anda tidak sedar bahawa ketika anda sedang bermain telefon, anda telah menghabiskan lebih banyak waktu dengan telefon dan telah menyebabkan lebih banyak tugasan yang tergendala.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menggunakan waktu rehat yang ada untuk berjalan atau berbual-bual dengan teman sepejabat anda tanpa perlu untuk memegang telefon.

3. Telefon adalah perkara pertama dan terakhir yang anda akan lihat

Melihat telefon bimbit sebelum tidur merupakan suatu perkara yang biasa. Namun, pernahkah anda mengira tempoh anda menggunakan telefon sebelum tidur?

Sama juga apabila anda bangun daripada tidur. Adakah perkara pertama yang anda lakukan adalah memeriksa telefon?

Sekiranya anda sedang mengalami dua situasi ini, ia merupakan antara tanda-tanda awal bahawa anda ketagih media sosial.

4. Media sosial sumber utama untuk mendapatkan maklumat

Tidak dinafikan bahawa media sosial merupakan medium utama untuk mendapatkan berita dan maklumat yang terkini. Walau bagaimanapun, anda perlu memastikan dahulu kesahihan sesuatu berita itu.

Anda dinasihatkan untuk terus mendapatkan maklumat dan berita daripada portal ataupun laman web rasmi.

5. Gelisah sekiranya tidak dapat mengakses media sosial

Keinginan untuk memegang telefon dan memeriksa media sosial anda pada setiap lima atau sepuluh minit merupakan tanda-tanda bahawa anda seorang yang ketagih media sosial.

Jadi, adakah anda mempunyai ciri-ciri seseorang yang ketagih media sosial? Jika ya, masih belum terlambat untuk anda perlahan-lahan mengurangkan penggunaan media sosial.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca