Ini 5 Sebab Kenapa Anda Tidak Boleh Pandang Remeh Tentang Masalah Kelemumur

Penjagaan rambut adalah penting, sama seperti penjagaan muka. Penjagaan rambut ini adalah untuk memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan yang lembut dan rapi.

Walau bagaimanapun, masih terdapat ramai orang di luar sana yang memamdang remeh masalah rambut yang mereka hadapi terutamanya masalah kelemumur.

Tahukah anda bahawa anda mungkin akan mengalami lebih banyak masalah dan penyakit sekiranya anda memandang ringan tentang masalah kelemumur ini? Mari kami kongsikan 5 sebab kenapa anda tidak boleh memandang remeh tentang masalah kelemumur!

1. Memusnahkan akar umbi

Rambut berkelemumur kadang kala turut disertai dengan rembesan sebum yang berlebihan dan seterusnya menggalakkan pembiakan mikroorganisma ataupun bakteria. Bakteria ini akan bertindak pada folikel rambut. Ia akan memusnahkan dan menyebabkan rambut gugur dengan lebih banyak. Walau bagaimanapun, rambut akan kembali tumbuh jika masalah ini dirawat.

2. Jangkitan kulat

Kelemumur yang disertai dengan cairan, berkerak, nanah atau benjolan di kulit kepala adakalanya berpunca daripada jangkitan kulat. Sekiranya tidak dirawat, ia akan memudaratkan dan jangkitan akan bertambah teruk.

Sebarang rawatan ubat sapu tidak akan memulihkan masalah ini. Anda mungkin perlu makan ubat anti kulat selama beberapa bulan.

3. Penyakit

Kelemumur yang berlebihan kebiasaannya berkait rapat dengan penyakit seperti psoriasis atau seborrheic dermatitis. 

Penyakit seperti ini kebiasaannya tidak dapat diselesaikan dengan penggunaan shampu biasa. Oleh itu, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengenal pasti penyakit yang anda hidapi dan seterusnya bagi mendapatkan rawatan yang betul.

4. Hilang keyakinan diri

Sekiranya anda mempunyai masalah rambut kelemumur yang teruk, anda dinasihatkan untuk memakai pakaian berwarna cerah. Ini kerana, sekiranya anda memakai pakaian berwarna gelap, ia akan menampakkan lagi kesan kelemumur dan sekaligus akan menyebabkan anda hilang keyakinan diri.

5. Keguguran rambut kekal

Masalah kelemumur yang kronik dan tidak dirawat akan menyebabkan masalah keguguran rambut bertambah teruk yang akhirnya akan membawa kepada rambuk botak yang kekal.

Semoga perkongsian ini akan menjadikan anda lebih mengambil serius mengenai masalah kelemumur.

Untuk baca artikel lain berkaitan rambut, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca