Ini 5 Putera Raja Yang Paling Kacak Di Dunia

Sekiranya kita bercerita tentang putera raja, ramai orang mula membayangkan mereka sebagai seorang jejaka dengan penampilan menarik dan tutur kata yang lemah lembut sama seperti dalam filem.

Kami kongsikan lima putera raja yang paling kacak di dunia: 

1. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen

Anakanda kepada Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ini diputerakan pada 10 Ogos 1991. Beliau cukup aktif dalam pelbagai sukan dan aktiviti lasak seperti polo, boxing, aktiviti payung terjun dan selam skuba.

2. Sheikh Hamdan bin Mohammed

Sheikh Hamdan lebih dikenali dengan nama glamornya, Fazza. Bukan sahaja mempunyai wajah yang tampan, Putera Mahkota Dubai ini mempunyai bakat yang besar dalam sukan, puisi dan fotografi.

3. Putera Nikolai

Diputerakan pada 28 Ogos 1999, Nikolai William Alexander Frederik ataupun lebih dikenali sebagai Putera Nikolai dari Denmark ini pernah menjadi model untuk jenama-jenama terkenal seperti Burberry di Minggu Fesyen London dan Dior semasa Minggu Fesyen Paris.

4. Putera Constantine Alexios

Putera Constantine Alexios diputerakan pada 29 Oktober 1998 kepada keluarga bangsawan iaitu kerabat diraja Yunani dan Denmark. Turut dikenali dengan gelaran Tino, Putera Constantine sangat suka aktiviti melukis dan menunggang kuda.

5. Putera Mahkota Jordan, Hussein bin Abdullah

Diputerakan pada 28 Jun 1994, Putera Hussein merupakan individu termuda menduduki kerusi dalam mesyuarat Badan Eksekutif Keselamatan.

Putera Mahkota Jordan turut mempengerusi mesyuarat badan berkenaan untuk membincangkan isu berkaitan golongan belia dalam mempertahankan keamanan sejagat dan membanteraskan ekstremis.

Walaupun cantik itu subjektif sifatnya, berikut merupakan lima putera raja paling kacak di dunia. Pada pendapat anda, putera raja manakah yang paling menawan hati?

Penulis:

  • Rojitah Datu adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan kerabat diraja, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca