Ini 5 Perayaan Paling Tidak Masuk Akal Di Jepun

Seperti yang anda sedia maklum, ramai orang suka akan negara Jepun kerana ia mempunyai pelbagai hidangan enak dan tradisi menarik. Kami akan kongsikan lima perayaan pelik di negara matahari terbit itu menerusi artikel ini:

1. Nakizumo

Nakizumo melibatkan dua orang atlet sumo yang masing-masing mendukung bayi. Pengadil akan memakai topeng yang menakutkan untuk membuat bayi itu menangis.

Untuk pertandingan ini, bayi yang mempunyai tangisan paling kuat dan lama akan diangkat sebagai pemenang. Tradisi yang berusia 400 tahun ini dikatakan dapat menjaga kesihatan bayi dan ia dilakukan pada bulan Mei di Sensoji Temple, Tokyo. 

2. Setsubun

Setsubun disambut pada malam sebelum hari pertama musim bunga kerana masyarakat Jepun percaya bahawa iblis akan muncul di dunia pada waktu itu.

Oleh itu, ibu bapa di seluruh Jepun akan memakai topeng Oni untuk menakut-nakutkan anak mereka. Kanak-kanak itu pula harus membuang kacang soya panggang untuk menakutkan makhluk berkenaan.

3. Akutai Matsuri

Bizarre Japanese Traditions You Won't Believe Are Real - Klook ...
Sumber: Klook

Perayaan ini memerlukan para peserta mengeluarkan kata-kata kesat. 13 orang paderi akan berpakaian seperti tengu iaitu salah satu jenis makhluk halus sepanjang mendaki Gunung Atago.

Para peserta digalakkan untuk menjerit kata-kata kesat sepanjang pendakian mereka dan cuba mencari lucky charm untuk memperoleh nasib baik. 

4. Hinamatsuri

Semua orang akan dapat rasa bau dan bunyi kentut wanita rupawan. Walau bagaimanapun, kejayaan acara ini masih bergantung pada keadaan fizikal para peserta dan kemampuan mereka untuk buang angin.

5. Chabudai Gaeshi

Para peserta akan meluahkan kemarahan, kekecewaan, semangat atau harapan sebelum membaling meja itu sejauh mungkin! Terdapat seorang wanita tua yang memakai pakaian memasak akan menepuk bahu peserta dengan lembut dan menyuruh mereka berhenti.

Itu merupakan petunjuk untuk mereka menjerit sekuat hati sebelum membaling meja. Ikan plastik akan diletakkan di atas meja dan para peserta perlu menghantar haiwan itu sejauh mungkin.

Kepada anda yang ingin melawat Jepun, ia mungkin menjadi pengalaman sekali seumur hidup buat diri sendiri untuk menyaksikan dan mengalami sendiri perayaan berkenaan.

Penulis:

  • Asmaidatullisa Md Misdar adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan perayaan di Jepun, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca