Ini 5 Makanan Paling Mahal Di Dunia Yang Anda Patut Tahu

Walaupun makanan ialah keperluan seharian manusia, pernahkah kita terfikir bahawa ada di luar sana yang berharga mencecah ratusan ribu ringgit? Kami kongsikan lima makanan termahal di dunia menerusi artikel ini:

1. The Fortress Stilt Fisherman Indulgence – RM62,060

Berasal dari Sri Lanka, pencuci mulut ini hanya boleh didapati di restoran The Fortress Wine. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan pencuci mulut ini ialah mangga, delima dan champagne Dom Perignon.

Struktur besi dan nelayan pencuci mulut ini pula diperbuat daripada coklat yang diukur sendiri dan turut dilengkapi batu Aquamarine 80 karat.

2. English Wagyu Beef Pie – RM68,050

Boleh didapati di Fence Gate Inn di Lancashire dekat England, inti pai ini ialah daging lembu Wagyu, cendawan Matsutake, truffle hitam, daun emas dan wain merah Chateau Mouton Rothschild. Disebabkan pai ini boleh dikongsi oleh 8 orang, setiap seorang hanya perlu membayar RM8,506 untuk satu hidangan. 

3. The Frrrozen Haute Chocolate Ice Cream Sundae- RM107,110

Sumber: Reuters

Sekiranya emas di Malaysia menjadi perhiasan perempuan, berbeza pula dengan pencuci mulut ini kerana ia menggunakan emas yang boleh dimakan.

Apabila memesan aiskrim ini, anda akan menerima seutas gelang tangan emas bertatahkan berlian 1 karat. Anda boleh membawa pulang sudu emas tersebut yang mengandungi berlian.

4. Almas Caviar-RM112,000

Sumber: Azure Azure

Almas caviar ialah telur ikan Albino Beluga Sturgeon. Bukan sahaja spesies berkenaan jarang ditemui, telur ini pula diambil daripada ikan-ikan yang berusia dalam lingkungan 60 sehingga 100 tahun sahaja.

Ia nampak lagi mewah apabila dijual dalam bekas yang diperbuat daripada emas 24 karat. Ia sangat terhad kerana harganya yang mencecah ratusan ribu ringgit untuk satu kilogram.

5. Faberge Chocolate Pudding- RM147,660

Dihasilkan oleh ketua chef Lindeth Howe Country House Hotel yang terletak di Cumbria dekat England, puding ini menggunakan empat jenis coklat Belgian dan ditambah perisa pic, orange dan whiskey.

Selain itu, daun emas dan kaviar pula disaluti dengan sebutir berlian yang boleh dimakan serta turut dihidangkan bersama Chateau d’Yquem.

Pada pendapat anda, adakah harga makanan ini berpatutan?

Penulis:

  • Nor Azni Akhairudin adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca