Ini 5 Kisah Pemergian Yang Paling Pelik

Ajal, maut adalah suatu perkara yang tidak boleh diramal oleh sesiapa sahaja. Namun, terdapat kisah pemergian yang agak aneh pernah berlaku membuatkan anda yang baca juga menggaru kepala.

Di sini kami kongsikan lima kisah pemergian yang paling pelik berlaku:

1. Maut akibat terkena renjatan elektrik di penjara

Gambar hanya sekadar hiasan

Lawrence Baker didakwa kerana meragut nyawa, namun dia terselamat daripada hukuman gantung dan dipenjara seumur hidup. Pada suatu hari, ketika dia menggunakan tandas  jenis duduk sambil mendengar lagu melalui fon kepala. Beliau maut akibat terkena renjatan elektrik. Dikatakan aliran elektrik daripada fon kepala itu telah mengakibatkan litar pintas pada tandas duduk itu.

2. Juruterbang pelatih terkoban dalam Flight Simulator

Gambar hanya sekadar hiasan

Tiga orang juruterbang pelatih maut semasa sesi latihan di dalam Flight Simulator apabila sebuah pesawat Beechcraft King Air 200 telah terhempas. Pesawat itu telah terhempas di atas bangunan Keselamatan Penerbangan Kansas, iaitu di mana simulator itu ditempatkan.

3. Penggemar makanan organik maut akibat serangan jantung

Gambar hanya sekadar hiasan

J.I Rodale seorang yang obses dengan barangan organik, tidak kira barangan harian mahupun makanannya. Malah, dia juga tidak mempercayai perubatan moden dan tradisional sebaliknya lebih gemar menggunakan barangan organik. J.I mengakui mahu hidup sehingga usianya mencecah 100 tahun. Namun, hasratnya tidak tertunai apabila dia maut akibat serangan jantung pada usianya 72 tahun.

4. Maut apabila cuba buktikan cermin tingkap tidak boleh pecah

Gambar hanya sekadar hiasan

Gary Hoy seorang peguam yang berjaya dan mempunyai aktiviti kegemaran, iaitu mengenakan pekerja baru. Gary bergurau dengan sekumpulan peguam pelatih dengan memberitahu terdapat satu tingkap di pejabat yang tidak boleh dipecahkan. Gary bertindak menhentamkan badannya ke arah cermin tingkap tersebut untuk membuktikan kata-katanya. Malangnya, cermin tingkap tersebut pecah dan Gary terhumban keluar dari tingkap dan terkorban.

5. Meninggal dunia semasa acara pengebumian sendiri

Gambar hanya sekadar hiasan

Fagilyu Mukhametzyanov, seorang wanita Rusia telah disahkan meninggal dunia kerana kegagalan jantung. Namun, wanita ini telah bangun ketika majlis pengebumiannya sedang dijalankan. Setelah 10 minit daripada tempoh dia bangun, wanita itu akhirnya meninggal dunia untuk selama-lamanya.

Pasti terdapat banyak lagi kes pemergian yang buatkan kita tertanya-tanya sama ada ia logik atau tidak. Namun, semestinya lima kisah ini yang paling menarik pernah terjadi.

Penulis:

  • Farah Hani binti Mustaffa Azmi adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi
  • Prof Madya Dr. Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Untuk membaca artikel lain berkaitan kisah pelik, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca