Ini 5 Kisah Jenayah Yang Boleh Buat Anda Garu Kepala

Meskipun setiap negara mempunyai peraturan tersendiri yang perlu dipatuhi oleh penduduk mereka, masih ada lagi penjenayah yang melakukan sesuatu yang dianggap aneh sehingga anda sebagai pembaca turut garu kepala apabila membaca kisah tersebut.

Kami kongsikan lima jenayah pelik di seluruh dunia menerusi artikel ini:

1. Curi biawak komodo

Ia merupakan spesies biawak atau cicak yang paling besar di dunia. Untuk pengetahuan anda, biawak ini boleh ditemui di beberapa buah pulau di Indonesia.

Walaupun mempunyai rupa yang agak menakutkan, ada juga yang mencuri biawak ini kerana mereka berhasrat untuk menjual dan menghantar haiwan tersebut ke negara-negara di Asia Tenggara melalui Singapura.

Biawak komodo ini menerima permintaan tinggi daripada negara-negara seperti China dan Thailand kerana ia boleh bertindak sebagai ubat serta antibodi kepada badan.

2. Jual jasad dalam pasaran gelap

Sekiranya anda pernah menonton The Ghost Bride di Netflix, anda mungkin familiar dengan upacara perkahwinan hantu. Bagi yang masih keliru, ia merupakan satu upacara untuk mereka yang masih lagi bernyawa mengikat tali perkahwinan bersama orang yang sudah tiada.

Atas sebab itu, ramai orang di China mula menggali semula jasad-jasad berkenaan untuk dijual ke pasaran gelap. Tidak berhenti di situ, mereka turut menjual jasad-jasad terbabit dengan harga ‘cekik darah’ untuk satu jasad.

3. Curi jambatan

Description: 10 Jambatan Paling Terkenal Di Dunia | Melancong Ke Jepun

Walaupun ia kelihatan mustahil untuk dilakukan, insiden ini benar-benar berlaku di beberapa negara seperti Republik Czech, England dan Turki.

Percaya atau tidak, satu kes kecurian jambatan seberat 10 tan dan bersaiz 198 meter pernah berlaku di Republik Czech pada tahun 2012.

Ramai orang mula tertanya-tanya bagaimana si pencuri itu mahu memindahkan jambatan tersebut tanpa disedari oleh orang lain. Untuk menjawab persoalan anda, para pencuri jambatan itu menyamar menjadi orang yang diupah untuk merobohkan jambatan berkenaan.

4. Curi air batu

ice in dimple glass

Walaupun ia kedengaran aneh, seorang lelaki ditangkap kerana mencuri air batu di bandar Cochrane, Chile pada tahun 2012. Pihak polis menemui air batu sebanyak 5 tan di dalam trak suspek dan mengesyaki ais ini digunakan di restoran dan kelab malam kelas atasan di ibu negara Chile iaitu Santiago.

5. Penghalang nombor plat profesional

Tehran kini menjadi salah satu bandar yang berkembang pesat di benua Asia. Oleh itu, ibu kota Iran itu memperkenalkan satu undang-undang jalan raya untuk mengelakkan kesesakan jalan raya.

Selain itu, Tehran juga telah menetapkan zon trafik khas dan penduduk perlu membayar yuran sekiranya mereka mahu mendapatkan akses terutamanya di pusat bandar yang lebih pesat.

Atas sebab itu, penduduk Iran telah menemui satu cara untuk menewaskan undang-undang trafik yang ketat itu dengan mencipta satu kerjaya baharu iaitu penghalang nombor plat.

Para pemandu akan menggunakan khidmat pejalan kaki atau penunggang motosikal untuk berada di belakang kereta mereka bagi menghalang nombor plat kenderaan itu daripada dilihat oleh kamera litar tertutup (CCTV).

Walaupun dianggap tidak masuk akal, ia tetap merupakan satu jenayah kerana tindakan itu menyalahi undang-undang negara mereka.

Penulis

  • Farah Hani Mustaffa Azmi adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri Fakulti Filem, Teater dan Animasi. 

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan kisah jenayah, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca