Ini 5 Jenis Susu Di Pasaran Yang Anda Perlu Tahu

Sekiranya anda hanya tahu dua jenis susu dalam tin sahaja, kami akan kongsikan lima jenis susu yang boleh didapati di pasaran menerusi artikel ini:

1. Susu sejat penuh krim

Lebih dikenali sebagai susu cair, ia amat sesuai digunakan untuk membuat puding.

2. Susu pekat manis penuh krim

Susu ini pula telah disejatkan airnya untuk menjadi lebih pekat dan ia kemudiannya ditambah gula. Untuk pengetahuan anda, ramuan utama susu pekat manis penuh krim ialah gula.

3. Susu isian manis

Untuk pengetahuan anda, ia merupakan susu kegemaran orang ramai untuk diletakkan di dalam air minuman mereka. Walaupun begitu, anda perlu tahu ia sama seperti susu isian sejat dan juga ditambah gula. Oleh itu, gula adalah ramuan utama dan bukannya susu. 

4. Krimer sejat

Ia selalunya menggunakan minyak kelapa sawit yang telah diproses dan kemudiannya dilunturkan menjadi putih seperti susu. Selain itu, ia juga boleh didapati dalam jenis serbuk. Ia banyak digunakan dalam minuman pracampur tiga dalam satu, nasi minyak dan kuih-muih.

5. Krimer manis

Ia kerap digunakan dalam minuman seperti teh tarik dan sirap bandung. Selain itu, krimer ini mempunyai penambahan mineral atau vitamin.

Menurut Akta Makanan 1983, krimer tergolong di bawah kategori bahan pemanis. Apa-apa pun, rajinkan diri anda untuk membaca label produk berkenaan kerana ia berubah mengikut formulasi terkini. 

Penulis:

  • Hani Izzatie Sober adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan makanan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca