Ini 5 Jenis Jerawat Yang Anda Perlu Tahu

Jerawat berlaku apabila liang pori di kulit tersumbat kerana minyak atau sel-sel kulit mati. Ia sering tumbuh di bahagian muka tetapi boleh juga muncul di mana-mana bahagian badan yang mempunyai liang pori seperti dada, bahu dan belakang badan. Kami akan kongsikan lima jenis jerawat menerusi artikel ini:

1. Jerawat biasa (Papul)

Sumber: Skinkraft

Papul biasanya muncul dalam bentuk benjolan kecil berwarna merah pada kulit. Benjolan ini biasanya berkelompok dan sangat menyakitkan.

Ia berlaku apabila liang pori tersumbat terkena jangkitan bakteria P.acnes dan menjadi radang. Ia adalah bentuk luka jerawat yang paling ringan.

2. Pustul

Pustul ialah benjolan yang berisi cairan atau nanah pada kulit. Ia terjadi apabila liang pori yang tersumbat ini terkena jangkitan bakteria. Jerawat ini akan mula meradang. Kesannya, kawasan kulit sekitar jerawat tersebut akan berwarna merah.

Dalam gumpulan ini, nanah akan terbentuk. Oleh itu, pesakit disaran supaya tidak memicitnya kerana risiko jangkitan oleh kuman lain adalah tinggi. Proses pemulihan kulit akan terganggu.

3. Bintik putih (Whitehead)

Sumber: Insider

Bintik putih atau whitehead ialah liang pori tertutup yang tersumbat. Ia terjadi apabila lapisan kulit mati atau sebum menyumbat liang pori dan sekali gus menyebabkan gumpalan putih di permukaan kulit.

Ia sering muncul sebagai jerawat di dahi, pipi atau kawasan di bawah mata. Untuk pengetahuan anda, bintik putih tidak meradang dan menyebabkan kesakitan.

4. Bintik hitam (Blackhead)

Sumber: Proactiv

Ramai orang akan mempunyai bintik hitam di hidung, pipi dan dagu. Punca jerawat ini adalah liang pori yang terbuka ini tersumbat dengan sebum (minyak semula jadi yang dihasilkan di lapisan kulit) dan sel-sel kulit yang mati.

Dalam pada itu, bintik ini berwarna hitam bukan kerana kotoran tetapi ia berlaku kerana melanin yang terdedah pada oksigen.

5. Nodul

Sumber: SkinKraft

Jerawat ini akan terbentuk di bawah permukaan kulit. Saiznya juga lebih besar dan ia lagi keras berbanding jerawat lain. Pada peringkat awal, anda akan rasa sakit di satu kawasan sahaja dan tidak dapat rasa benjolan tersebut.

Namun, saiznya akan semakin membesar dan adakalanya ia akan mengambil masa beberapa bulan untuk muncul. Jerawat nodul yang kronik akan menyebabkan trauma yang lebih besar pada kulit. Ia berisiko untuk timbul semula walaupun sudah kecut.

Namun, apa yang paling teruk sekali ialah parut tersebut akan jadi lebih besar sekiranya ia tidak dirawat dengan betul.

Penulis:

  • Nur Shuhada Khaizar adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan jerawat, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca