Ini 5 Cara Mudah Hilangkan Masalah Hidung Berminyak Dengan Hanya Guna Bahan Dapur Di Rumah

Hidung adalah bahagian wajah yang sering sekali menimbulkan masalah. Hidung juga mampu mengeluarkan minyak berlebihan dan akan menyebabkan seseorang itu kurang keyakinan diri untuk berinteraksi dengan orang ramai.

Mari kami kongsikan 5 cara mudah untuk mengatsi masalah hidung berminyak dengan hanya menggunakan bahan dapur di rumah!

1. Bersihkan wajah menggunakan air

Untuk meningkatkan kelembapan kulit, cuci wajah anda dengan menggunakan air biasa (bukan air sejuk atau suam). Air biasa akan membantu membersihkan kotoran dan minyak yang berlebihan pada wajah.

2. Skrub wajah

Untuk mengatasi masalah kulit yang berminyak, anda juga disarankan untuk menggunakan bahan semula jadi seperti campuran madu dan kacang badam.

Anda hanya perlukan satu sudu madu kemudian campurkannya dengan kacang badam yang telah ditumbuk. Jadikan ia sebagai masker wajah. Ia akan menyerap minyak dengan lebih efektif.

3. Jus lemon

Untuk pengetahuan, lemon memiliki banyak khasiat dan salah satu daripadanya adalah mengurangkan minyak dan membersihkan wajah daripada kotoran.

Sapukan jus lemon pada bahagian hidung dan kemudian bilas menggunakan air biasa.

4. Timun

Timun kaya dengan mineral dan vitamin yang penting untuk kesegaran wajah. Penggunaan timun di wajah juga akan menghalang kulit wajah daripada kelihatan kusam

Gunakan timun sebagai masker semula jadi untuk mengatasi masalah kulit berminyak di wajah anda.

5. Jaga kebersihan

Sebahagian besar kelenjar minyak berada di zon T wajah. Salah satu cara untuk mengatasi masalah tersebut adalah dengan menjaga kebersihan wajah.

Anda perlu memastikan pori hidung dalam keadaan bersih kerana ia adalah tempat yang paling senang berminyak.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca