Ini 5 Cara Mencegah Jangkitan Penyakit Di Dalam Pengangkutan Awam

Kebanyakan rakyat Malaysia gemar menaiki pengangkutan awam untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Dianggarkan lebih daripada 1.2 juta pengguna menggunakan kemudahan pengangkutan awam seperti bas, Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel.

Wabak Covid-19 yang semakin menular secara luas di seluruh dunia cukup membimbangkan terutama kepada pengguna pengangkutan awam yang terpaksa berhimpit-himpit meskipun menyedari risiko terkena jangkitan adalah tinggi.

Ramai daripada kita tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa meletakkan diri berdepan risiko setiap hari bagi menuju ke destinasi.

Usah khuatir, terdapat beberapa langkah untuk mengelakkan kita daripada terkena sebarang jangkitan kuman dan virus ketika menaiki pengangkutan awam terutamanya LRT atau MRT.

1. Sentiasa menjaga kebersihan

Pastikan anda biasakan diri mencuci tangan menggunakan sabun apabila anda menyentuh sebarang fasiliti di tempat awam.

Gunakan pensanitasi tangan selepas turun daripada pengangkutan awam.

2. Elakkan berhimpit

Tidak dinafikan apabila kita menaiki pengangkutan awam, kita sering berhimpit-himpit dengan orang ramai.

Namun, keterbatasan ruang boleh membuatkan kita bersentuhan dengan orang lain yang kita tidak ketahui sama ada mereka sihat ataupun pembawa virus.

Untuk mengelakkan anda berhimpit-himpit dengan orang ramai, keluarlah awal sedikit dari rumah sebelum tibanya waktu puncak.

3. Kurangkan memegang atau bersandar

Kebiasaannya kita sering memegang dan berpaut pada tiang yang ada dalam bas atau LRT. Ketahuilah bahawa di situ terdapat banyak kuman yang berbahaya.

Jika boleh kurangkan berpaut pada tiang dan tempat pemegang itu dan sering menggunakan pensanitasi tangan.

4. Jangan letak beg di lantai

Jika anda seorang yang suka meletakkan beg di atas lantai, sudah tiba masanya untuk anda elakkan kerana kuman di bahagian lantai juga selalunya tercemar.

Adalah lebih baik jika anda memakai sahaja beg tersebut sehingga sampai ke destinasi.

5. Jangan makan atau minum

Sumber : MStar

Walaupun akta larangan makan dan minum dalam pengangkutan awam terutamanya LRT sudah dikeluarkan, namun masih ramai berdegil dan terus berbuat demikian.

Berhentilah melakukan tabiat itu kerana kuman boleh tersebar dengan cepat. Sebaik-baiknya basuh tangan menggunakan sabun terlebih dahulu sebelum ingin makan sesuatu.

Untuk membaca artikel lain mengenai Covid-19, sila klik pada pautan di bawah :

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca