Ini 4 Perkara Yang Anda Mungkin Rindu Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Tamat

Sekiranya rakyat Malaysia berkongsi pelbagai emosi yang dialami pada awal tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kebanyakan daripada mereka kini sudah mula menyesuaikan diri dengan normal baharu.

Pernahkah anda terfikir bagaimana kehidupan anda akan berubah selepas pihak kerajaan menamatkan keseluruhan tempoh PKP? Kami kongsikan empat perkara yang anda mungkin akan rindu selepas PKP tamat:

1. Bekerja dari rumah

person holding ballpoint pen writing on notebook

Kebanyakan syarikat di Malaysia membenarkan pekerja mereka untuk work from home sebagai langkah keselamatan sebaik sahaja pihak kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP pada 18 Mac lalu.

Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza apabila perlu bekerja dari rumah. Apa-apa pun yang anda terpaksa harungi, work from home ini merupakan salah satu perkara yang hampir semua orang bakal rindu apabila kembali ke pejabat nanti.

2. Pengumuman perkembangan COVID-19

Salah satu perkara yang dinantikan oleh rakyat Malaysia sepanjang tempoh PKP ini adalah sidang media perkembangan COVID-19 di Malaysia.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah akan memberi perkembangan tentang wabak meragut nyawa ini di Malaysia menerusi sidang media hampir setiap hari.

Kami pasti anda dan seluruh ahli keluarga sentiasa menantikan perkembangan ini sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin. Adakah anda akan merindui sidang media ini apabila anda kembali menjalani kehidupan seperti biasa?

3. Kopi dalgona

white ceramic pitcher beside clear glass pitcher on brown wooden table

Selepas lebih daripada dua bulan duduk di rumah, pernahkah anda cuba untuk membuat kopi dalgona yang tular di media sosial sebelum ini?

Selain daripada dalgona coffee, kami kongsikan lima resipi terkenal yang anda boleh cuba semasa PKP. Selamat mencuba!

4. Kebersamaan rakyat

Temasya sukan adalah salah satu aktiviti yang dapat menyaksikan kebersamaan rakyat Malaysia sebelum ini. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia menunjukkan semangat yang sama sepanjang tempoh PKP.

Salah satu cara yang menyerlahkan kebersamaan rakyat Malaysia adalah apabila semua orang diminta untuk mematuhi arahan kerajaan untuk duduk di rumah.

Dengan hanya duduk di rumah, rakyat Malaysia sebenarnya membantu petugas barisan hadapan untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Rakyat Malaysia turut berganding bahu untuk memastikan bekalan kelengkapan perlindungan diri (PPE) sentiasa mencukupi dengan menjahitnya untuk kegunaan petugas barisan hadapan.

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini menyaksikan sedikit kelonggaran berbanding fasa-fasa sebelumnya, kesihatan anda dan orang sekeliling masih perlu menjadi keutamaan sepanjang masa.

Untuk membaca lebih banyak artikel lain berkaitan normal baharu semasa PKP, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca