Ini 4 Penyakit Mental Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Walaupun ia dianggap pelik dan ganjil, terdapat individu yang benar-benar menghidapi penyakit mental ini sehingga namanya tercatat di dalam jurnal perubatan. Kami kongsikan empat jenis penyakit mental yang tidak diketahui ramai tetapi ia benar-benar berlaku:

1. Psikosis Wendigo

Swift Runner

Mengambil nama sempena seekor kerbau mitos yang memakan manusia di Amerika Syarikat, penghidap penyakit mental ini akan mempunyai keinginan untuk memakan daging manusia walaupun di sekeliling mereka mempunyai makanan yang lain.

Seorang lelaki bernama Swift Runner memakan daging keluarganya sendiri pada tahun 1878. Mereka juga boleh menjadi gila sekiranya tidak dapat memakan daging manusia.

Dalam erti kata lain, penghidap psikosis Wendigo ialah seorang kanibal. Walau bagaimanapun, pakar percaya penyakit ini masih lagi boleh dirawat dengan membiasakan mereka makan makanan biasa.

2. Kecelaruan jati diri (DID)

Penghidap penyakit ini sama ada keliru dengan identiti sendiri ataupun mereka mempunyai personaliti yang berbeza. Salah satu punca individu itu mengalami penyakit mental berkenaan kerana mereka mempunyai trauma terhadap sesuatu insiden.

Mereka sebaliknya menggunakan identiti yang lain ini tanpa sedar untuk membantu diri sendiri melupakan insiden tersebut. Bukan sahaja berbeza daripada aspek identiti, setiap personaliti ini juga mempunyai ingatan, umur dan tahap mentaliti yang berbeza.

3. Deja vu kronik

Ученые выяснили, предсказывает ли дежавю будущее | Mixnews

Penghidap deja vu menganggap mereka pernah melalui sesuatu perkara yang sedang berlaku. Déjà vu merupakan sebuah keadaan di mana anda berasa sangat yakin pernah berada dalam situasi yang sama sebelum ini walaupun ia merupakan kali pertama.

4. Apotemnophilia

Penghidap apotemnophilia percaya bahawa individu yang dilahirkan sempurna sepatutnya mempunyai kecacatan fizikal. Pada tahun 2006, Jewel Shuping menuang cecair pencuci longkang ke dalam matanya kerana dia percaya dia ditakdirkan untuk menjadi orang buta.

Sekiranya anda ataupun kenalan rapat mengalami tanda-tanda penyakit di atas, segera dapatkan nasihat atau kaunseling kerana ia masih belum terlambat.

Penulis:

  • Siti Hanida Harun adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan penyakit mental, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca