Ini 4 Manfaat Pisang Merah Untuk Kesihatan

Siapa sahaja yang tidak kenal akan buah pisang? Segelintir daripada muda-mudi pada zaman sekarang mungkin tidak lagi mengenali pisang merah ini dan sebaliknya menganggap pisang berwarna merah ini sebagai pelik dan rare.

Pisang merah atau lebih dikenali sebagai pisang raja udang ini mempunyai kisahnya yang tersendiri. Sekiranya anda mahu tahu, saiz pisang raja udang ini jauh lebih besar daripada pisang emas atau pisang minyak yang menjadi kesukaan ramai.

Kulit luar pisang ini agak tebal dan berwarna merah keunguan tetapi rasanya pula manis serta sedikit masam. Nama lain untuk buah unik ini ialah pisang kidang, red dacca, claret banana, Cuban red Cavendish banana dan Jamaican red banana.

Kami kongsikan empat manfaat pisang raja udang menerusi artikel ini:

1. Sumber tenaga 

Untuk pengetahuan anda, pisang ini memang diakui sebagai sumber makanan daripada alam semula jadi yang boleh memberikan tenaga dengan cepat kepada manusia.

Sekiranya anda merupakan seorang yang aktif bersukan atau suka melakukan aktiviti lasak, jangan lupa untuk mengambil sebiji pisang sebagai sarapan pagi anda.

2. Pisang ini beri kesan positif untuk jantung

Sekiranya anda menjadikan pisang ini sebagai makanan rutin dan tidak terlebih makan, ia akan memberikan kesan yang baik untuk kesihatan jantung dalam jangka masa yang panjang.

3. Pisang merah ini boleh bantu anda untuk elak daripada masalah rabun

close up photography of woman wearing eyeglasses

Kandungan vitamin A yang tinggi dalam pisang ini boleh mengurangkan risiko anda daripada menjadi rabun. 

4. Bantu perokok yang mahu berhenti

selective focus photography of woman holding cigarette

Percaya atau tidak, pisang merah ini sekiranya diambil secara berterusan boleh membantu perokok yang mahu berhenti merokok?

Rupa-rupanya, kandungan vitamin C, magnesium dan kalium dalam buah ini boleh membantu individu terbabit dengan mengurangkan keinginan mereka untuk merokok. Menarik, bukan?

Selain daripada pisang merah, anda boleh baca artikel ini untuk mengetahui empat makanan yang mampu mengurangkan ketagihan merokok.

Sementara itu, terdapat juga beberapa sumber yang mendakwa pisang ini tidak boleh dimakan oleh mereka yang berketurunan Melayu Rawa.

Penulis:

  • Nur Fatihah binti Abd Rahman adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof. Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan buah-buahan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca