Ini 4 Filem Bualan Ramai Tentang Wabak Yang Anda Wajib Tonton

Adakah citarasa anda dalam filem lebih kepada sesuatu yang bertemakan wabak berbahaya? Kami kongsikan empat filem mengenai virus yang anda wajib tonton:

1. The Flu (2013)

Salah seorang daripada sekumpulan pendatang tanpa izin yang diseludup masuk ke Korea Selatan adalah pembawa wabak sangat berjangkit. Semua pendatang asing meninggal dunia tetapi seorang sahaja daripada mereka yang terselamat.

Virus yang sama ini turut menjangkiti ribuan penduduk di Bundang sehingga kerajaan terpaksa meletakkan semua penduduk di pinggir bandar Seoul itu dalam kuarantin untuk menghentikan penularan wabak berbahaya tersebut.

2. Inferno (2016)

Seorang billionaire, Bertrand Zobrist mencipta satu wabak yang mampu menjangkiti sejumlah besar penduduk bumi dalam masa 48 jam kerana dia percaya penghapusan populasi dunia itu menguntungkan manusia dan bumi.

Selepas Bertrand menamatkan riwayatnya sendiri, ia menyukarkan Profesor Robert Langdon untuk menghentikan penularan virus tersebut.

3. Resident Evil (2002-2017)

Sebuah syarikat bernama Umbrella Corporation telah melakukan uji kaji vaksin dan senjata bio-teknologi tetapi ia telah dicuri. Apabila pejabat yang menyimpan virus itu pecah, semua orang di tempat itu berubah menjadi zombie.

Syarikat induk kemudiannya menghantar unit tentera elit untuk memastikan virus itu tidak menjangkiti semua penduduk di seluruh dunia.

4. Dawn of the Planet of the Apes (2014) 

Ia mengisahkan bagaimana sebuah negara yang didiami oleh mawas di bawah pimpinan Caesar kini menerima ancaman daripada sekumpulan manusia yang terselamat daripada virus dahsyat sedekad lalu.

Walaupun sudah berdamai, ia tidak bertahan lama kerana kedua-dua pihak mahukan kemenangan untuk menentukan siapakah makhluk bumi yang dominan.

Pada pendapat anda, filem manakah yang paling berjaya mencuri perhatian anda sebagai seorang penonton? Anda boleh juga menonton enam filem hits tentang bencana ini sekiranya sudah selesai menonton semua yang berada dalam senarai di atas. Selamat menonton!

Penulis:

  • Nur Amira Izwanis Amiruddin adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan filem, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca