Ini 4 Fakta Tentang Mengapa Dengar Muzik Bagus Untuk Kesihatan

Anda tidak suka muzik? Rugi sekali! Siapa sangka muzik mampu menjadi penyelamat buat kita kelak. Hal ini kerana, dikerumuni dengan pelbagai timbunan kerja dan orang sekeliling seharian terkadang menjadikan fizikal dan mental kita mudah penat. Oleh itu, kita perlukan sesuatu yang memberi semangat kembali kepada tubuh. Tidak ramai yang mengetahui mendengar lagu bukan sahaja pilihan yang bijak, malahan ia mampu memberi impak yang besar pada kesihatan diri.

Ini empat fakta tentang mengapa mendengar muzik bagus untuk kesihatan:

1. Muzik mengurangkan tekanan

Mendengar muzik membuatkan anda menjadi lebih gembira. Apabila kita gembira, hormon pada saluran darah anda akan berkembang dan meningkatkan peredaran darah serta kesihatan kardiovaskular. Kajian mendapati sebanyak 1,400 pesakit jantung yang mendengar muzik kurangnya tekanan pada kadar denyutan jantung, tekanan darah serta kebimbangan semakin berkurangan. Mendegar muzik dengan tempo perlahan dan lagu instrumental juga dapat mengubah mood terutamanya apabila individu itu terlalu tertekan atau sakit.

2. Membantu memulihkan insomnia

Menurut National Sleep Foundation, mendengar muzik sebelum tidur membantu anda untuk tidur dengan lebih pantas. Selain itu, mengurangkan rasa berjaga pada waktu malam dan membuatkan anda rasa sudah cukup rehat pada waktu pagi. Ada juga kajian yang mendapati mereka yang mendengar muzik klasik atau menenangkan sejam sebelum tidur mampu memulihkan insomnia berbanding mereka yang membaca buku atau tidak membuat apa-apa sebelum tidur.

3. Bermain alatan muzik menajamkan minda

Kajian Journal of Neuroscience mendapati orang dewasa pertengahan usia dan senior yang banyak meluangkan masa bermain alat muzik ketika muda, memiliki minda yang mampu menangkap bunyi lebih pantas berbanding individu lain. Malah, muzik juga membantu individu untuk mempelajari dan mengingat kembali informasi dengan lebih efisien. Ada juga kajian yang mendapati kanak-kanak yang mempelajari muzik sejak kecil mempunyai IQ lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang terlibat dengan aktiviti lain.

4. Membuatkan anda bersemangat

Banyak orang memilih mendengar muzik semasa bersenam. Ini disebabkan kerana muzik akan membuat mereka bersemangat, meningkatkan daya tahan dan mengalihkan perhatian anda daripada segala bentuk ketidakselesaan. Senaman sudah semestinya memberikan kesan yang positif pada tubuh. Sesiapa yang ingin kurus, wajib mendengar muzik sambil melakukan senaman di rumah.

Penulis:

  • Norkhairisa Bt Mohd Khalid adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan fakta, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca