Ini 3 Perkara Yang Anda Patut Tahu Sekiranya Bulu Mata Selalu Gugur

Bulu mata ini mempunyai fungsi tersendiri yang membantu untuk menghalang habuk daripada masuk ke dalam mata. Walau bagaimanapun, bulu mata ini sama sahaja seperti rambut di mana ia akan jatuh setiap hari.

Terdapat pelbagai sebab bulu mata itu jatuh dengan sendiri. Sekiranya keguguran bulu mata itu mempunyai kaitan dengan penyakit kronik, anda tidak boleh memandang remeh perkara tersebut!

Hal ini demikian kerana terdapat kemungkinan bahawa bulu mata anda tidak akan tumbuh semula.

Sekiranya anda mahu tahu, bulu mata jatuh apabila anda menggosoknya dengan kasar. Tahukah anda bahawa maskara yang dipakai pada bulu mata akan menyebabkan bulu mata menjadi berat secara tidak langsung? Kesannya, bulu mata akan gugur.

woman holding black framed mirror

Sementara itu, jangkitan kuman pada bulu mata seperti stye juga akan menyebabkan bulu mata gugur. Untuk pengetahuan anda, stye ialah jangkitan kuman pada kelenjar minyak kelopak mata.

Apabila liang berdekatan bulu mata telah tersumbat, kuman bakteria akan menjangkiti kelenjar ini dan menyebabkan bulu mata rosak serta jatuh.

Radang pada kelopak mata ini turut disebut sebagai blefaritis dan ia boleh menyebabkan keguguran bulu mata berlaku tanpa disedari.

left human eye in close-up photography

Dalam pada itu, kami kongsikan tiga perkara yang anda patut tahu untuk elakkan bulu mata daripada selalu gugur:

1. Makan multivitamin iaitu makanan tambahan yang kaya dengan zink, omega hijau, kacang dan vitamin B kompleks setiap hari untuk merangsang pertumbuhan bulu mata.

2. Kurangkan penggunaan mekap yang tebal terutamanya maskara dan juga penggaris bulu mata.

3. Tekanan akan mengeluarkan hormon seperti kortisol yang secara tidak langsung akan menyebabkan bulu mata anda gugur. 

Sekiranya bulu mata anda jatuh dengan kerap, anda boleh amalkan tiga perkara berikut.

Penulis

  • Nur Adilah Mohd Salleh adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan bulu mata, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca