Ini 3 Pantang Larang Madu Yang Anda Perlu Tahu

Ramai orang kini menjadikan madu sebagai makanan tambahan mereka. Walaupun begitu, tahukah anda bahawa terdapat beberapa pantang larang yang tidak boleh dilakukan selepas minum madu?

Sekiranya tidak mengamalkan pantang larang tersebut, khasiat madu tidak akan berguna kepada tubuh badan tetapi ia sebaliknya boleh menyebabkan masalah obesiti dan penghadaman.

Kami akan kongsikan tiga pantang larang tersebut menerusi artikel ini:

1. Jangan tidur selepas minum madu

Madu mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Satu sudu madu mempunyai sekurang-kurangnya 64 kalori. Sebagai perbandingan, gula pula mempunyai 49 kalori dalam jumlah sama.

Oleh itu, anda dinasihati untuk mengambil madu pada waktu pagi supaya kalori itu boleh terbakar. Sekiranya anda minum madu sebelum tidur, kalori yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan anda terdedah pada obesiti.

2. Elak makanan bergula selepas minum madu

Untuk pengetahuan anda. madu asli bukan sahaja mempunyai kandungan fruktosa dan glukosa yang lebih rendah berbanding gula, ia juga kaya dengan kandungan magnesium, kalium, antioksidan dan mineral.

Atas sebab itu, pengambilan madu berlebihan dapat meningkatkan kandungan gula dalam darah sehingga meningkatkan risiko kenaikan berat badan, penyakit jantung dan diabetes jenis dua.

3. Jangan beri madu kepada bayi

Ia tidak sepatutnya diberikan kepada bayi yang berusia kurang dari 12 bulan. Hal ini demikian kerana madu yang asli terdedah pada bakteria yang dikenali sebagai clostridium botulinum.

Untuk pengetahuan anda, bakteria ini dapat menyebabkan keracunan botulisme. Keracunan botulisme ini akan menyebabkan bayi anda mengalami kekejangan tubuh dan boleh meragut nyawa mereka.

Walaupun begitu, keracunan botulisme jarang berlaku kepada orang dewasa kerana mereka mempunyai sistem imunisasi yang tinggi.

Pada pendapat anda, adakah madu ini mempunyai lebih banyak khasiat atau keburukan pada kesihatan?

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan madu, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca