Ini 3 Kelebihan Mandi Malam Yang Anda Perlu Tahu

Mandi ialah salah satu perkara yang kebanyakan daripada kita akan jadikan sebagai rutin pada setiap hari. Walaupun begitu, kita kerap mendengar keburukan amalan mandi pada waktu malam kerana ia dikhuatiri akan mengundang pelbagai penyakit berbahaya seperti paru-paru berair.

Kami kongsikan tiga kelebihan mandi malam menerusi artikel ini:

1. Mandi malam elak alahan

Sumber: The Healthy

Sekiranya mempunyai alahan terutamanya pada habuk, anda digalakkan untuk mandi sebelum tidur lebih-lebih lagi buat individu yang mempunyai kulit sensitif.

Ini kerana habuk, peluh dan juga kotoran yang melekat di kulit anda akan menyebabkan keradangan dan reaksi alahan sekiranya terus tidur tanpa membersihkan diri terlebih dahulu terutamanya selepas melakukan aktiviti fizikal pada waktu malam.

2. Perbaiki tekstur kulit

Sumber: Real Simple

Dengan mandi pada waktu malam, tekstur kulit dapat diperbaiki supaya ia menjadi lebih sihat dan sekali gus menghindarkan kulit daripada pertumbuhan jerawat terutamanya di sekitar anggota badan.

3. Mandi malam hilangkan tekanan

Untuk pengetahuan anda, mandi pada waktu malam ini juga boleh hilangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda perlu berikan masa kepada diri sendiri untuk bersendirian dan kosongkan minda sambil memanjakan diri dengan mandian panas yang menenangkan. Hal ini demikian kerana mandian panas mampu mengurangkan ketegangan otot berpunca daripada tekanan.

Selepas membaca artikel ini, adakah anda percaya amalan mandi malam sebagai satu perkara yang bagus?

Penulis

  • Nur Ain Hanisah Mohd Norzulaidi adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca