Ini 3 Jenis Haiwan Eksotik Yang Dijadikan Makanan Di China

Setiap negara mempunyai cita rasa yang unik dan pelik. Tidak terkecuali dengan negara China yang menggunakan haiwan eksotik sebagai hidangan kegemaran mereka.

Berikut adalah tiga jenis haiwan yang dijadikan makanan di China.

1. Kelawar

Jangan terkejut sekiranya kelawar telah dijadikan hidangan di China. Malah, tanpa segan silu meratahnya secara mentah. Walaupun kelawar dikatakan mempunyai bias seperti ular spesies banded krait, namun tidak menghalang ia menjadi kegilaan rakyat China.

2. Ular

Ular juga tidak ketinggalan menjadi kegilaan rakyat China untuk memakannya. Ular spesies Banded Krait dikatakan ular elapid yang paling berbisa. Ular spesies ini hanya boleh ditemui di Timur Tengah, Asia Tenggara dan China Selatan. Tetapi, lambakan ular spesies ini boleh didapati di pasar basah di Wuhan, China.   

3. Kucing dan anjing

Sekiranya di negara lain, kucing dan anjing dijadikan haiwan peliharaan di rumah. Tetapi keadaan ini berbeza di China. Pasar basah di Wuhan, China telah menjual kucing, anjing, musang dan pelbagai lagi makanan eksotik. Namun atas dasar kemanusiaan, pemerintah Kota Shenzen telah melarang anjing dan kucing atas semangat peradaban manusia.

Memakan haiwan eksotik ini seharusnya dihentikan untuk mengelakkan terjadinya isu yang mengancam nyawa seluruh dunia sekali lagi.

Penulis:

  • Farah Hani Binti Mustaffa Azmi adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan haiwan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca