Ini 3 Filem Yang Anda Patut Tonton Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Buat semua orang yang sudah kering idea untuk mengisi masa lapang di rumah, kami kongsikan tiga filem menarik yang anda wajib tonton menerusi artikel ini:

1. What Happened to Monday (2017)

Pada tahun 2073, setiap keluarga hanya dibenarkan untuk mempunyai seorang anak sahaja kerana dunia mempunyai lebihan penduduk.

Namun, berbeza pula dengan keluarga Settman yang mempunyai tujuh anak kembar perempuan bernama Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday dan Sunday.

Monday yang hanya boleh keluar pada hari Isnin sahaja tidak pulang ke rumah. Apa yang telah terjadi kepada Monday? Anda boleh baca review penuh di sini.

2. Changeling (2008)

Ia merupakan sebuah adaptasi daripada kisah sebenar yang telah menggemparkan dunia perundangan pada tahun 1928 di California, Amerika Syarikat.

Christine Collins (Angelina Jolie) berjaya menemui semula anak tunggalnya, Walter (Gattlin Griffith) yang telah hilang selama lima bulan. Seorang kanak-kanak lelaki yang mendakwa dirinya Walter dikembalikan kepada Christine oleh Jabatan Polis Los Angeles (LAPD).

Walau bagaimanapun, naluri Christine kuat mengatakan bahawa kanak-kanak itu bukan anak lelakinya. Apabila dia mahu mengesahkan identiti kanak-kanak itu bersama LAPD, mereka tidak mengendahkannya sebaliknya memasukkan wanita tersebut ke hospital sakit jiwa.

3. Searching (2018)

David Kim (John Cho) kehilangan anak perempuannya, Margot (Michelle La) selepas remaja berusia 15 tahun itu pergi ke rumah rakannya untuk belajar bersama-sama pada waktu malam.

Selepas David menghubungi pihak polis, seorang pegawai penyiasat bernama Rosemary Vick (Debra Messing) meminta bantuan jurutera itu untuk turut menyertai pencarian Margot.

Satu perkara yang menarik tentang jalan cerita Searching ialah ia mempunyai sedikit perbezaan daripada filem lain kerana ia hanya boleh dilihat di skrin komputer.

Pada pendapat anda, filem manakah yang paling berjaya mencuri perhatian anda sebagai seorang penonton?

Penulis:

  • Asmaidatullisa Md Misdar adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan filem, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca