Ini 3 Cerita Rakyat Yang Masih Jadi Bualan Ramai

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Setiap lapisan masyarakat di seluruh dunia tidak akan lari daripada budaya dan sejarah. Kami kongsikan tiga cerita rakyat yang masih lagi menjadi bualan ramai sehingga ke hari ini:

1. Sumpahan Mahsuri

Siapakah sebenarnya Mahsuri yang cukup sinonim dengan Pulau Langkawi? Beliau hanyalah seorang rakyat biasa yang dianugerahkan paras rupa menawan.

Kecantikan Mahsuri ini juga memang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata tetapi satu perkara yang pasti, ia menyebabkan penduduk kampung lain tidak senang hati dengan wanita tersebut sehingga sanggup memfitnah dirinya.

Legenda sumpahan Mahsuri ini mula timbul selepas wanita itu ditikam dan kemudiannya mengalirkan darah berwarna putih dan bukannya merah seperti orang lain.

Mahsuri turut bersumpah sebelum meninggal dunia bahawa jika beliau berkata benar, Langkawi akan menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

2. Buaya putih

Gambar di atas hanya sekadar hiasan

Legenda ini mempunyai pelbagai versi untuk menggambarkan kehebatan ilmu pahlawan pada zaman dahulu. Penduduk di beberapa buah kawasan di Kelantan percaya ia merupakan seekor buaya sakti yang dijinakkan oleh seorang ulama bernama Tuan Guru Selehor.

Terdapat juga kisah lain di mana Panglima Ah Chong dikatakan berguru dengan seorang guru seni silat Melayu untuk meneguhkan ilmu mempertahankan dirinya.

Walau bagaimanapun, dia telah melanggar janjinya kepada guru terbabit kerana telah mengorbankan nyawa beberapa orang Melayu. Kesannya, dia disumpah menjadi seekor buaya putih.

3. Raja Bersiong

Raja Ong Maha Perita Deria ialah seorang raja yang didakwa memerintah Kerajaan Kedah Tua di Lembah Bujang. Raja keempat daripada keturunan Merong Mahawangsa ini pada asalnya mempunyai perwatakan seperti manusia biasa. Baginda bagaimanapun mula ketagihan darah manusia dalam santapannya.

Baginda kemudiannya dikenali sebagai Raja Bersiong sehingga ke hari ini kerana dua siong tajam dalam mulutnya kelihatan seperti taring pontianak.

Mungkin bagi sesetengah orang, legenda ini kedengaran seperti cerita rekaan tetapi di sebalik setiap kisah pasti ada terselit kebenarannya.

Penulis:

  • Nurul Izzati Khairul Anuar adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan legenda Melayu, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca