Ini 3 Cara Terbaik Untuk Berhadapan Dengan Kemarahan

Kemarahan adalah satu emosi semula jadi yang kita semua alami dari semasa ke semasa. Perasaan marah bukanlah suatu perasaan yang tidak baik kerana kemarahan berupaya menjadikan seseorang bertenaga untuk melawan atau mempertahankan diri.

Namun, apa yang penting adalah cara anda menghadapi kemarahan anda dengan baik. Ayuh lihat tiga cara terbaik yang boleh anda lakukan ketika berhadapan dengan kemarahan.

1. Ketahui sebab kemarahan anda

Sudah pasti akan ada beberapa sebab anda berasa marah kerana perasaan ini adalah normal. Namun, jika anda merasakan diri anda marah tanpa sebab, mungkin anda perlu fikir semula apakah yang berlaku sepanjang hari dan cari punca kemarahan anda.

Sekiranya anda berusaha untuk mencari tahu punca kemarahan anda dan kemudian mengatasi kemarahan itu, perasaan marah itu tidak akan memberi kesan buruk terhadap emosi dan fikiran anda.

2. Luahkan kemarahan melalui penulisan

Menulis merupakan salah satu cara untuk anda meluahkan perasaan anda. Lepaskan segala rasa yang terbuku di dalam hati ke atas kertas kerana cara ini mungkin akan membantu anda untuk memahami punca kemarahan anda dan apakah langkah-langkah untuk anda mengatasinya. Dengan cara ini juga, perasaan anda akan perlahan-lahan berasa tenang dan anda dapat berfikir dengan lebih baik.

3. Berhenti seketika

Apabila anda berasa marah, agak sukar untuk anda melalui situasi tersebut dengan baik dan rasional. Jika anda merasakan bahawa anda tidak dapat mengawal perasaan amarah itu, segeralah keluar daripada situasi tersebut untuk seketika. Anda akan dapat berhadapan dengan situasi dengan lebih baik setelah anda berasa lebih tenang.

Penulis:

  • Farah Farhana Muhamad Fuad adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca lebih banyak artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca