Ini 11 Perkara Yang Dilarang Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Walaupun kebanyakan rakyat Malaysia menunjukkan reaksi positif terhadap pengumuman pihak kerajaan yang memberikan banyak kelonggaran, semua peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini telah diwartakan sebagai Warta Kerajaan Persekutuan.

Kami kongsikan 11 aktiviti yang tidak dibenarkan dalam tempoh penguatkuasaan PKPP yang bermula pada 10 Jun sehingga 31 Ogos menerusi artikel ini:

man holding microphone
*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

1. Penganjuran acara dan pertandingan sukan

2. Sukan melibatkan sentuhan

3. Aktiviti taman tema air

4. Aktiviti kolam renang. Pengecualian diberikan kepada aktiviti kolam renang di rumah persendirian dan untuk kegunaan sendiri di premis penginapan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482). Selain itu, pengecualian turut diberikan kepada atlet negara yang menjalani latihan untuk menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020.

5. Aktiviti pelancongan ke luar negara oleh warganegara kerana sempadan antarabangsa masih ditutup.

6. Aktiviti di pusat karaoke, tempat permainan kanak-kanak di pusat beli-belah dan pusat hiburan keluarga.

7. Aktiviti di dalam kelab malam kecuali perniagaan restoran di dalam premis tersebut.

8. Mencuba pakaian, penggunaan bilik acu (fitting room) di kedai pakaian dan mencuba aksesori fesyen di kedai serta menyediakan sampel penguji kosmetik.

9. Aktiviti refleksologi dan urut di pusat kesihatan dan kecantikan.

10. Aktiviti kapal persiaran.

11. Apa-apa aktiviti dengan kehadiran ramai orang di sesuatu tempat sehingga menyukarkan pelaksanaan penjarakan sosial.

Sementara itu, peraturan-peraturan di bawah Warta Kerajaan Persekutuan ini terpakai bagi semua kawasan tempatan jangkitan. Bagi yang masih keliru, jumlah maksimum kapasiti penumpang dalam pengangkutan awam adalah tertakluk kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.

Sebagai peringatan, individu yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan dalam warta ini boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali sekiranya disabitkan kesalahan.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan PKPP, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca