Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) atau juga dikenali sebagai Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF) sudah diumumkan bakal berlangsung dari 27 Mac 2020 sehingga 5 April 2020. Lokasi yang dipilih pada tahun ini tak lain dan tak bukan adalah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Pesta yang bakal berlangsung selama 10 hari ini waktu operasinya adalah dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Ia dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) serta Perbadanan Kota Buku (PKB).

Difahamkan, pihak penganjur juga akan menjadualkan perbincangan khas bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengetahui perkembangan terbaharu yang berlaku di seluruh dunia berkaitan Koronavirus (COVID-19). Hal ini adalah sebagai satu langkah memastikan kesihatan dan keselamatan semua pihak yang terlibat.
Tidak cukup dengan itu, PBAKL 2020 juga bakal menampilkan sebanyak 10 elemen keterujaan yang pastinya akan memberikan pengalaman yang menarik dan berbeza kepada para pengunjung dan pempamer yang mengambil bahagian.
Berikut merupakan 10 elemen keterujaan yang bakal ditampilkan pada PBAKL 2020.
1. Pertamanya, PBAKL 2020 akan lebih menarik dengan kemunculan Negeri Perak sebagai Negeri Tamu. Pavilion Negeri Tamu ini bukan sahaja akan mempamerkan buku-buku tulisan penulis dan illustrator dari negeri Perak malah juga akan berkongsi pelbagai keunikan negeri seperti kebudayaan dan keistimewaan negeri ini.
2. IFLA JUNIOR: Seminar 3000 Pengawas Pusat Sumber SK dan SMK dari seluruh Malaysia.
3. Aplikasi PBAKL: Aplikasi Telefon Pintar yang mengandungi peta tapak pameran, jadual acara, dan promosi terkini sepanjang berlangsungnya pesta buku selama 10 hari.
4. Ruangan mandiri: Ruangan khas buat penulis, illustrator, pembikin zine dan buku foto swaterbit
5. Perkhidmatan pembeli peribadi (Personal shopper)
6. Promosi khas: Kolaborasi bersama LAZADA : PBAKL Mall
7. Rehat dan baca: Ruang aktiviti karyawan bersama pembaca
8. Anugerah Kulit Buku Cantik
9. Pertandingan reruai terbaik
10. Pengunjung boleh terus menghantar buku-buku belian ke mana-mana alamat di seluruh malaysia dengan kadar rendah menggunakan Pos Malaysia yang merupakan Rakan Kurier Rasmi PBAKL 2020.

Sedikit selingan buat para pembaca, team Lejen TV ada membuat satu video prank sempena PBAKL 2020 di mana kami telah pergi kepada beberapa individu untuk bertanyakan soalan, “Bro penulis buku, kan? Nak sign!” Sama-sama kita saksikan reaksi mereka dengan menonton video penuh di bawah:
Untuk mendapatkan kemas kini terbaru tentang PBAKL 2020, anda boleh pergi ke laman sosial rasmi PBAKL di Facebook, Instagram dan Twitter.
Jumpa anda di sana!
Untuk membaca artikel lain berkaitan PBAKL 2020, sila klik pada pautan di bawah: