Ingkar PKP, Nurulhidayah Dan Suami Akan Didakwa Dalam Masa Terdekat

Berhubung dakwaan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff dijangka didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata pendakwaan terhadap kedua-dua individu itu selepas mendapat arahan daripada Pejabat Peguam Negara.

“Kedua-dua mereka diambil keterangan pada 24 April lepas. Kertas siasatan dirujuk ke pejabat Peguam Negara dan telah mendapat arahan untuk menuduh di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

“Pertuduhan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebelum ini, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa dan Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kerana melakukan pergerakan tanpa kebenaran terhadap kedua-dua individu itu.

Huzir turut menasihati orang ramai supaya tidak cuba menimbulkan kegusaran dan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat seolah-olah polis tidak mengambil tindakan ke atas dakwaan pelanggaran PKP.

Tegasnya, tiada individu yang akan terlepas daripada sebarang tindakan sekiranya didapati sengaja melanggar undang-undang negara.

Nurulhidayah, 41, sebelum ini memuat naik beberapa gambarnya bersama suami melawat dua orang kenamaan di laman Instagramnya ketika kerajaan melaksanakan PKP bagi mencegah pandemik COVID-19.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi perintah kerajaan untuk duduk di rumah dalam mengekang penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel berkenaan penularan wabak COVID-19 dan PKP, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca