Luahan masalah percintaan lelaki ini kepada seorang rakan perempuan akhirnya mengundang padah apabila mereka ditahan polis di lorong tepi sebuah bank di Beaufort Jaya, Beaufort dekat Sabah pada malam tadi.
Difahamkan, lelaki yang berusia 18 tahun itu menemui remaja perempuan yang berusia 19 tahun untuk mengadu tentang masalah hubungan percintaan dengan teman wanitanya yang dikatakan sedang bergolak.
Walau bagaimanapun, mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikesan oleh pihak berkuasa yang melakukan rondaan sebelum ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort sekitar jam 7.20 malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Beaufort iaitu Deputi Superintendan Azmir Abd Razak, anggota polis yang melakukan rondaan membuat pemeriksaan ke atas pasangan lelaki dan wanita yang sedang bersembang di lorong berkenaan.
“Pemeriksaan mendapati lelaki itu sedang meluah perasaan mengenai masalah cinta antara dia dengan teman wanitanya kepada rakannya yang juga teman kepada kekasihnya di lorong tepi bank berkenaan.
“Remaja perempuan yang ditahan pula merupakan rakan sekerja kepada teman wanita lelaki terbabit. Kedua-dua mereka ditahan kerana gagal memberi alasan yang munasabah berada di kawasan berkenaan,” kata Azmir.

Tambah Azmir, kedua-dua suspek mengetahui PKP dan faham akan implikasi serta kesan sekiranya ingkar dengan perintah berkenaan.
“Dalam pengetahuan mereka, larangan itu masih berkuat kuasa tetapi mereka masih keluar rumah dan berada di sesuatu kawasan tanpa sebarang alasan munasabah,” katanya.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.
Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi perintah kerajaan untuk duduk di rumah dalam mengekang penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel berkenaan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh klik pada pautan di bawah: