Ingkar PKP, 11 Lelaki Ditahan Gara-Gara Solat Tarawih Secara Berjemaah

Sebelas lelaki ditahan gara-gara ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menunaikan ibadah solat tarawih secara berjemaah di sebuah surau berhampiran dengan Kampung Binsulok Membakut dekat Beaufort, Sabah.

Perbuatan tersebut terbongkar selepas foto mereka menjadi tular di laman sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak menerusi satu kenyataan, kesemua individu berkenaan difahamkan melakukan perbuatan tersebut sekitar jam 8 malam, Rabu.

Qaisara Afiqahqaisaraafiqah

Sumber: Tazkirah

“Ekoran tindakan itu, telah tular satu gambar mereka sedang menunaikan solat berjemaah di aplikasi WhatsApp sehingga menimbulkan rasa kurang senang dan kegusaran dalam kalangan masyarakat setempat.

Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota telah pergi ke lokasi kejadian dan mencari semula semua individu yang terlibat sepertimana dalam gambar yang telah tular terbabit.

Kita kemudiannya berjaya menahan 11 daripada 14 orang jemaah yang disyaki solat Isyak dan tarawih di surau berkenaan,” kata Azmir.

Sumber: Sabah News Today

Mengulas lanjut, Azmir mengatakan bahawa hasil soal siasat terhadap kesemua suspek yang berusia antara 15 hingga 41 tahun itu mendapati mereka mengetahui tentang pelaksanaan PKP dan menyedari tindakan tersebut adalah salah di sisi undang-undang kerana sengaja berhimpun.

Kes ini disiasat mengikut Peraturan 6(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Jangkitan Tempatan) 2020.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi perintah kerajaan untuk duduk di rumah dalam mengekang penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel berkenaan penularan wabak COVID-19 dan PKP, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca