Ingkar Perintah Berkurung, Kawasan Pantai Tiba-Tiba Dipenuhi Kondom

Segelintir individu di Scotland dilihat tidak mengendahkan perintah berkurung yang dikuatkuasakan bagi mengekang penularan COVID-19.

Apa yang mengejutkan ialah penemuan banyak kondom, gel pelincir serta pakaian dibuang di sekitar kawasan pantai Irvin, Ayrshire Utara.

Penemuan itu ternyata mengejutkan penduduk tempatan tatkala ramai yang masih bimbang dengan wabak COVID-19.

“Kamu lihat apa yang berlaku di sana. Ramai yang datang melepak dan ia mencurigakan.

Mereka tidak menghiraukan perintah berkurung dan melakukan perkara itu di sini. Ia menjijikkan,” ujar seorang individu yang enggan mendedahkan identitinya.

Sementara itu, jurucakap Majlis Ayrshire berkata, pihaknya sedang menyiasat perkara itu.

Malah, sebuah badan kebajikan seksual turut menasihati orang ramai agar tidak melakukan perkara itu di kawasan terbuka sewaktu perintah berkurung.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan ingkar perintah berkurung, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca