Inginkan Kuku Yang Sihat Dan Cantik? Ikuti 4 Langkah Mudah Ini

Penjagaan kuku adalah sangat penting sama seperti penjagaan kulit muka dan rambut.  Anda perlu pastikan kuku anda bersih dan cantik agar orang sekeliling berasa selesa dan senang berada dekat dengan anda.

Mari kami kongsikan antara 4 langkah mudah untuk mendapatkan kuku yang sihat dan cantik tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak.

1. Aloe vera

Seperti yang kita tahu, aloe vera mempunyai banyak kelebihan dan manafaat. Salah satunya adalah untuk mengilatkan kuku. Anda hanya perlu ambil isi aloe vera dan urutkan pada kuku.

Jadikan ia sebagai rutin harian anda untuk mendapatkan hasil yang cepat.

2. Bawang putih

Anda perlu kupas kulitnya terlebih dahulu. Kemudian, tumbuk sehingga lumat dan gosokkannya pada kuku.

Setelah itu, basuh dengan air sabun untuk hilangkan bau bawang putih tersebut.

3. Perahan air lemon

Kandungan vitamin C yang tinggi dalam lemon mampu membuatkan kuku anda tampak lebih cantik dan berkilat.

Hiris beberapa kepingan buah lemon. Sapukan hirisan lemon di atas kuku untuk beberapa minit. Bilas dengan air. Cara ini boleh membantu mengatasi kuku yang kekuningan.

4. Minyak zaitun dan lemon

Campurkan sedikit minyak zaitun dan air perahan lemon. Setelah sebati, urutkan pada kuku sehingga ia meresap. Lakukan secara kerap dan kulit anda juga kan menjadi lebih sihat.

Selamat mencuba!

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca