Ingin Tambah Ahli Keluarga, Serena Willams Bakal Bersara Dari Tenis

Bintang tenis terkemuka dunia, Serena Williams mengumumkan akan bersara daripada dunia tenis tidak lama lagi.

Menurut laporan Vogue, Serena Williams memberitahu keputusannya yang mahu bersara adalah kerana ingin menambah bilangan ahli keluarganya.

Sumber: Insider

Tindakannya ingin mempunyai anak lagi adalah kerana anak perempuannya, Olympia yang berusia 4 tahun itu berhasrat mahu menjadi seorang kakak.

Serena yang membesar dengan lima adik beradik perempuan menyatakan kakaknya adalah wira terhadap dirinya.

Jadi memberikan Olympia seorang adik merupakan keputusan yang telah lama difikirkan oleh Serena.

Sumber: The Guardian

Pada tahun 2017, ramai tidak menyedari bahawa ikon tenis tersebut sedang mengandung Olympia ketika perlawanan Terbuka Australia.

Disebabkan usianya kini sudah 41 tahun membuatkan Serena ingin lebih fokus kepada keluarga.

Sumber: Elle

Serena berkata dia dan suami sedang berusaha untuk mempunyai anak lagi.

Mengikut maklumat kesihatan daripada doktor Serena menyatakan bahawa mereka boleh menambah bilangan ahli keluarga apabila sudah bersedia.

Sumber: GMS

Selain memberi tumpuan kepada ahli keluarga, bintang tenis tersebut juga ingin fokus firma pelaburannya iaitu Serena Ventures.

 Difahamkan perlawanan Terbuka Amerika Syarikat pada tahun ini akan menjadi perlawanan terakhir Serena Williams.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca