Ingin Menjadi Buta, Wanita Ini Sanggup Menuang Cecair Pencuci Longkang Pada Matanya

Ketika orang lain bersyukur dilahirkan dengan kesihatan yang sempurna dan sifat yang cukup, wanita ini pula berfikiran sebaliknya.

Jewel Shuping yang berasal dari Carolina Utara didiagnos mempunyai penyakit mental digelar Body Intergrity Identity Disorder (BIID). Penyakit ini membuatkan penghidapnya percaya bahawa mereka yang dilahirkan sempurna sepatutnya mempunyai kecacatan fizikal.

Menurut Dr Michael First, BIID selalunya mempengaruhi sebilangan kecil masyarakat dan mereka ini sering berasa cemburu melihat orang lain yang mempunyai kecacatan yang diimpikan. Teori mengatakan otak pesakit BIID tidak mampu memberikan pelan yang tepat bagi badan mereka menyebabkan pesakit sering berasa asing dalam tubuh mereka yang sihat.

Jewel sudah memasang cita-cita mahu menjadi buta semenjak kecil lagi. Semasa berumur 6 tahun, wanita tersebut berkata dia akan menghabiskan masa berjam-jam lamanya melihat ke arah matahari setelah diberitahu perkara tersebut mampu merosakkan matanya.

Ketika di usia remaja, Jewel mula memakai cermin mata hitam yang tebal. Dia mendapat tongkat yang biasa digunakan oleh orang buta pada umur 18 tahun. Wanita ini turut fasih berbahasa Braille sewaktu berumur 20 tahun.

Menurut Jewel, keinginan untuk menjadi buta mula membuak-buak sewaktu dia berusia 21 tahun. Pada 2006, wanita itu berjumpa dengan seorang ahli psikologi yang sanggup menuang cecair pencuci longkang ke dalam matanya.

Berbicara mengenai proses untuk menjadi buta, Jewel berkata ahli psikologi itu mula menitiskan bius pada matanya sebelum menitiskan dua titis cecair pencuci tersebut.

“Ia amat menyakitkan,” ujar Jewel. “Cecair pencuci itu turut membakar kulit muka saya tetapi saya terus katakan pada diri saya bahawa ia semua akan berakhir dan saya akan menjadi buta.”

Jewel berkata dia berang setelah keesokan harinya dia masih dapat melihat televisyen. Namun, penglihatannya beransur hilang dan setelah enam bulan, Jewel menjadi buta sepenuhnya.

Jewel pernah muncul dalam sebuah rancangan yang membincangkan hal-hal berkaitan psikologi bertajuk Dr. Phil. Wanita itu kini berkongsi kisahnya untuk memberi pengetahunan kepada orang ramai tentang penyakit BIID. Jewel turut menyeru sesiapa yang mempunyai penyakit ini segera mendapatkan bantuan doktor.

Artikel Lain Untuk Di Baca