Ingin Memiliki Tubuh Badan Yang Diidamkan, Muat Turun 5 Aplikasi Senaman Ini Sekarang

Senaman bukanlah sesuatu aktiviti yang mudah kerana jika anda tersalah langkah maka usaha yang dilakukan sia-sia sahaja. Di samping itu, banyak pusat kecergasan yang menawarkan perkhidmatan pelatih peribadi untuk membantu anda melakukan senaman yang betul bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.

Hakikatnya bersenam bukan hanya dilakukan di pusat kecergasan tetapi anda juga boleh melakukannya di rumah dengan hanya memuat turun aplikasi yang telah disediakan ini.

Berikut kami kongsikan 5 aplikasi senaman yang boleh dimuat turun di dalam peranti anda:

1. Romwod

Aplikasi ini direka khas oleh CrossFitters bagi mereka yang mengalami kesakitan di bahagian otot. Ia juga membantu mereka dalam melakukan senaman yang betul bagi memulihkan kecederaan serta meningkatkan prestasi.

2. Streaks

Aplikasi ini direka khas bagi melakukan senaman yang tidak memerlukan peralatan dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Ia juga membantu anda untuk menggalakkan senaman yang sihat.

3. Senza

Bagi mereka yang memerlukan bantuan untuk mengamalkan diet secara sihat, aplikasi ini dapat membantu mereka untuk mengesan kandungan yang ada di dalam makanan dengan menggunakan pengimbas kod.

4. Yogaia

Aplikasi yoga digital pertama iatu Yogaia ini menyediakan kelas yang disiarkan secara langsung melalui peranti anda.

Selain itu, anda juga boleh berinteraksi secara langsung menerusi ‘webcam’ jika terdapat kesukaran mengikuti langkah-langkah tersebut.

5. Sanvello

Aplikasi ini direka khas untuk mereka yang mahu menangani masalah kemurungan dan tekanan. Ia juga berfungsi sebagai terapi perilaku kognitif dalam memastikan kesihatan mental anda berada di dalam keadaan yang baik dan sihat.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca