KONGSIKAN

Kebanyakan orang lebih gemar memilih kopi berbanding teh kerana rasanya yang lebih sedap dan aromanya yang sangat wangi.

Namun, bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, teh lebih disyorkan. Bahkan, sebenarnya terdapat teh yang mampu menurutkan berat badan anda secara semulajadi.

  • Teh Oolong

Foto: Google

Teh yang berasal dari China ini mengandungi komponen polyphenol yang sangat berkesan untuk mengawal metabolisme badan.

Sekiranya anda minum teh ini setiap hari dipercayai ia boleh membantu menurunkan risiko obesiti.

  • Teh Hijau

Foto: Google

Rasanya teh ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Teh ini bukan sahaja dapat menurunkan berat badan, bahkan sangat berkesan untuk mencantikkan kulit dan menstabilkan hormon.

Biasanya teh ini dihidangkan di Jepun dan tanpa gula.

  • Teh Putih

Penulis yakin ramai tidak mengetahui kewujudan teh putih ini. Kkajian menujukkan bahawa teh putih dapat menghalang adipogenesis iaitu proses pembentukkan lemak.

Selain itu, teh ini juga mengawal kitar hidup sel lemak yang dipanggil adipocytes.

  • Teh Mint

Foto: Google

Aroma daripada teh ini dikatakan dapat menghilangkan selera makan anda. Selain itu, rasa daun pudina juga akan membuatkan anda berasa tidak lapar.

Jadi, jika anda terasa seperti ingin mengunyah sesuatu, bancuh dan minum teh ini.

Mudah bukan untuk kurus? Namun jangan lupa untuk bersenam juga ya!