Ingin Cantik Seperti Patung Barbie, Gadis Ini Sanggup Suntik Bibir Sebanyak 17 Kali

Setiap manusia pastinya memiliki citarasa tersendiri. Ada yang impikan untuk mempunyai tubuh badan langsing. Tidak kurang juga mereka terutama si gadis-gadis yang mahukan raut wajah atau rupa paras yang jelita.

Namun, lain pula dengan gadis yang seorang ini. Baginya, seseorang yang dikurniakan bibir besar merupakan seusuatu hal yang menawan.

Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya gadis bernama Andrea Ivanova ini membuat sebanyak 17 suntikan pada bibirnya sendiri.

Ujar gadis ini, “Saya hanya mahukan bibir yang paling besar dalam dunia.”

Malahan, dia turut menyatakan rasa nekadnya untuk mencapai hasrat tersebut. Sehubungan itu, dia tidak akan pernah berhenti berusaha.

Segala impiannya untuk memiliki bibir yang besar tidak lain dan tidak bukan kerana mahu menjadi seperti patung Barbie.

Menurut gadis yang berusia 22 tahun itu, dia mahu mendapatkan sekurang-kurangnya dua lagi suntikan bibir menjelang tahun 2020.

Jelas gadis ini, “Saya suka bibir yang sekarang. Saya rasa lebih elok dan sangat gembira.”

Bukan itu sahaja, dia turut meluahkan kesanggupannya dalam melaburkan sebanyak mana pun wang demi prosedur suntikan yang dijalankan.

Apa-apa pun, semoga gadis ini kekal sihat, berseri dan berjaya memecahkan rekod bibir paling besar dalam dunia.

Untuk membaca artikel yang berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca