Ingin Bantu Perangi COVID-19, Ratu Cantik England Kini Bertugas Semula Sebagai Doktor

Ketika dunia sedang berperang melawan pandemik COVID-19 dan mengalami kekurangan pekerja barisan hadapan, Ratu Cantik England, Dr. Bhasha Mukherjee telah kembali berkhidmat sebagai doktor.

Menurut Mukherjee, beliau berasa serba salah ingin memegang gelaran Ratu Cantik England ketika ini kerana rakan-rakan sekerjanya semua sedang berperang melawang pandemik COVID-19.

Pada tahun 2019, beliau telah berehat daripada pekerjaannya sebagai doktor untuk memberi fokus dalam pertandingan ratu cantik dunia Miss World pada Disember 2019.

Wanita berusia 24 tahun itu kemudian berjaya dinobatkan sebagai Miss England.

Menurut beliau, sepanjang Mac yang lalu beliau berada di India untuk mewakili sebuah komuniti kebajikan sebagai duta dalam memberikan bantuan kepada sekolah dan rumah kebajikan di sana.

Walau bagaimanapun, beliau akhirnya membuat keputusan untuk kembali berbakti sebagai doktor selepas melihat situasi negara berdepan pandemik ini semakin teruk.

Beliau juga menerima beberapa mesej daripada rakan-rakannya di tempat kerja lama beliau di Hospital Pilgrim, Boston yang menceritakan situasi sukar dihadapi oleh mereka.

“Bila kamu membuat aktiviti kemanusiaan di luar negara, kamu masih dianggap sebagai ratu cantik yang memakai mahkota, sentiasa bersedia untuk nampak menawan.

Tetapi, saya teringin untuk pulang ke rumah. Saya teringin datang dan terus pergi bekerja,” katanya.

Sejurus sahaja beliau nekad ingin sambung bekerja sebagai pegawai perubatan, beliau terus menghubungi pihak pengurusan hospital untuk memberitahu hasratnya.

Pada asalnya beliau sudah merancang untuk memberi fokus kepada kerja-kerja kemanusiaan sehingga Ogos tahun ini. Malah, beliau turut diundang untuk hadir ke beberapa buah negara seperti Afrika, Turki, India, Pakistan dan negara-negara Asia untuk menjadi duta kepada kerja-kerja amal.

Ratu Cantik England itu berasa kagum melihat petugas barisan hadapan di seluruh negara begitu dihargai ketika ini, dan berhasrat ingin menjadi sebahagian daripada mereka.

“Tiada saat yang indah bagi saya untuk bergelar Ratu Cantik England sementara membantu di saat England memerlukan,” katanya.

Untuk rekod, United Kingdom telah mencatatkan sebanyak 51,608 kes positif COVID-19 dan 5,373 mangsa korban.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca