Influencer Maut Setelah Tejatuh Ketika Selfie Di Kawasan Air Terjun

Influencer Maut Setelah Tejatuh Ketika Selfie Di Kawasan Air Terjun

Seorang Influencer Instagram maut setelah terjatuh apabila beliau tersilap langkah ketika berswafoto semasa mendaki di kawasan air terjun Ha Pak Lai, Hong Kong.

Kejadian tersebut berlaku pada 10 Julai ketika Sophia Cheung, 32, keluar mendaki pada 11 pagi bersama tiga orang kawannya, lapor HK01.

Lebih kurang dalam pukul 5 petang, bintang Instagram tersebut cuba untuk mengambil gambar berdekatan dengan Tsing Dai Stream.

Malangnya, didapati beliau tersilap langkah dan terjatuh ke dalam air sedalam lima meter. Kawannya kemudian membuat panggilan kecemasan.

Mangsa kemudian dibawa oleh petugas keselamatan ke Hospital Pamela Youde Nethersole Eastern di Chai Wan dengan menaiki helikopter.

Influencer tersebut disahkan meninggal dunia sebaik sahaja sampai di hospital berkenaan, menurut Daily Mail.

Kawasan Ha Pak Lai yang terletak berhampiran Pineapple Mountain, adalah tempat yang popular untuk pejalan kaki, terutama ketika matahari terbenam kerana pemandangannya indah.

Sophia Cheung terkenal dengan gambarnya yang indah dan pelbagai pengembaraan luar di mana dia menunjukkan tingkah laku berani.

Sumber: Instagram (hike.sofi)

Malah, beliau selalu berkongsi gambar di mana beliau tergantung di tepi tebing dan berada di atas gunung dengan titian curam.

Di laman Instagramnya, dia menyenaraikan minat utamanya seperti mendaki, berkayak, menjelajah, aktiviti luar dan fotografi.

Dalam kiriman terakhirnya di Instagram pada 9 julai iaitu sehari sebelum kematian tragiknya, beliau menulis, “Hari yang terbaik akan datang, dan ianya dipanggil Sabtu dan Ahad.”

Jejurus itu, rata-rata warganet telah memenuhi ruangan komen di kiriman terakhir tersebut dengan kata-kata dan ucapan takziah.

Sumber: Instagram (hike.sofi)

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca