‘Influencer’ Ini Tergamam Terima ‘Direct Message’ Daripada Tengku Puteri Jihan

Siapa sahaja yang tidak teruja dan tergamam sekiranya individu yang bukan calang-calang orangnya menyapa anda? Perkara yang sama berlaku kepada Azfar Herisyam baru-baru ini apabila influencer itu memuat naik satu ciapan yang mencuri perhatian orang ramai.

Telatah dan perwatakan lucu Azfar ini ternyata mencuit hati ramai orang termasuk Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah.

Pada mulanya, Tengku Puteri Jihan memulakan perbualan dengan Azfar sebagai seorang peminat melalui direct message di Instagram. Menerusi direct message tersebut, Tengku Puteri Jihan meminta bantuan Azfar untuk menghasilkan satu video kejutan buat Tengku Puteri Afzan.

Untuk pengetahuan anda, Tengku Puteri Afzan turut memuat naik video berkenaan menerusi satu ciapan di laman Twitternya.

Azfar turut menjelaskan Tengku Puteri Jihan meminta dirinya untuk merahsiakan perkara tersebut pada mulanya. Walau bagaimanapun, dia akhirnya mendedahkan direct message itu selepas mendapatkan keizinan daripada puteri bongsu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet turut meluahkan kegembiraan mereka buat Azfar:

Sementara itu, apakah tindakan yang bakal anda ambil sekiranya berada dalam situasi sama seperti Azfar?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan kerabat diraja, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca