Lagu kebangsaan adalah salah satu simbol untuk sesebuah negara. Ia adalah sebuah lagu yang ikonik kerana ia mencerminkan rakyat sesebuah negara tersebut. Memang tidak boleh dinafikan, kadangkala sesetengah lagu mungkin mirip dengan lagu yang lain.
Lalu perkara ini turut berlaku untuk lagu kebangsaan Malaysia iaitu lagu ‘Negaraku’ yang dikatakan mirip dengan melodi lagu Terang Bulan, sebuah lagu keroncong yang digubah oleh August Mahieu, seorang Indo-Perancis. Ia direka khas untuk kumpulan tetater bangsawan yang digelar “Komedie Stamboel” di Surabaya sekitar tahun 1891-1903.
Antara yang turut dikatakan di dalam satu bebenang oleh Potret Lawas, lagu ‘Terang Bulan’ ini turut mempunyai melodi yang sama dengan lagu La Rosalie karya komposer Pierre-Jean de Béranger.
Sementara itu, Lirik ‘Terang Bulan’ pula diambil daripada pantun rakyat. Boleh dilihat di keratan akhbar pertama ini pantun tanpa judul di De Locomotief, 13 Disember 1881. Sementara pada keratan akhbar yang kedua pula, lirik keroncongnya muncul di Bataviaasch nieuwsblad, 4 Ogos 1918.
Lagu tersebut menjadi popular setelah dinyanyikan dalam filem Indonesia ‘Terang Boelan’ yang turut dibintangi R. Mochtar dan Roekiah. Filem ini menjadi popular dan lagunya terus dimainkan di Singapura dan Malaya (Malaysia) pada ketika itu.
Terdapat ramai pihak yang mengkritik tentang persamaan lagu ini. Antara yang keras menentang adalah wakil UMNO bahagian Kedah, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang sekarang ini Perdana Menteri Malaysia.
Tetapi kemenangan berpihak kepada Malaysia pada ketika itu. Untuk menghormati Malaysia, Perdana Menteri Indonesia, Djuanda Kartawidjaja membuat nota larangan untuk menghentikan lagu ‘Terang Bulan’ daripada dimainkan di radio atau televisyen.
Kagum juga bila melihat kerjasama yang baik diantara Indonesia dan Malaysia. Sememangnya karya seni memang tiada yang asli, semuanya meniru dan mengambil inspirasi daripada karya lain, yang asli adalah kitab Al-Quran.
Penulis harap hubungan positif ini dapat diteruskan demi menjaga keharmonian rakyat Indonesia dan Malaysia.
Kredit – Potret Lawas.