Indonesia Dan Filipina Dilanda Gempa Bumi, Namun Tiada Kematian Atau Kemusnahan Dilaporkan

Gempa bumi kuat yang berlaku telah menggegarkan kawasan barat Indonesia serta pulau utama Filipina awal pagi tadi.

Kejadian gempa bumi mengakibatkan bangunan bergoyang dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan penduduk. Hal ini memaksa mereka melarikan diri, namun tiada kematian ataupun kemusnahan direkodkan.

Berdasarkan maklumat Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS), di Indonesia, gempa bumi magnitud 6.7 menggegarkan pantai barat pulau Sumatera, manakala di Filipina, gempa magnitud 6.4 melanda 110 kilometer (km) dari Pulau Luzon.

Menurut pegawai di kedua-dua negara, tiada laporan serta-merta direkodkan mengenai kematian atau dan kerosakan mahu pun ancaman tsunami berpunca daripada gegaran berkenaan.

Gegaran di Indonesia berlaku pada jam 4.06 pagi waktu tempatan pada kedalaman 21 km dengan pusat gempa 167 km ke barat bandar Pariaman, Sumatera.

“Gempa bumi dirasai kuat selama seminit, penduduk panik akibat aktiviti geologi,” kata Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan Indonesia (BNPB) dalam satu kenyataan.

Kawasan yang paling dirasai adalah di Nias dan Kepulauan Hibala dekat Sumatera Utara, yang tidak berpenduduk padat dengan hanya beberapa penduduk tinggal dalam rumah kayu di situ.

Manakala di Filipina, gempa luar pesisir berlaku pada jam 5.05 pagi waktu tempatan apabila penduduk di Manila dikejutkan dengan gegaran bangunan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca