Indonesia Catat Kes COVID-19 Tertinggi Di Asia Tenggara

Jumlah jangkitan COVID-19 di Indonesia telah meningkat kepada 41,431 kes sejak semalam.

Menurut pegawai kanan kesihatan, ia sekali gus menjadikan negara itu paling teruk terkesan di Asia Tenggara.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan untuk penyakit berjangkit, Dr. Achmad Yurianto berkata, republik itu merekodkan 1,031 kes jangkitan baharu dan angka korban pula meningkat kepada 45 kes.

Indonesia memiliki jumlah kes dan korban yang aktif tertinggi di rantau ini.

Pada 9 Jun lalu, angka kes harian di negara itu mencecah 1,000 untuk kali pertama. Ia hampir kepada 10,000 kes jangkitan baharu direkodkan sejak 10 hari lalu.

Dilaporkan, peningkatan jangkitan tercetus apabila Indonesia mula melonggarkan larangan sosial skala besar dan membenarkan masjid, pejabat serta pusat membeli-belah dibuka semula.

Namun, ia dijalankan dengan protokol kesihatan yang ketat dan kapasiti yang dikurangkan.

Jakarta juga telah memasuki fasa transisi pada 5 Jun lalu, dengan kedai dan pejabat dibenarkan untuk dibuka semula pada minggu lalu dan menyambung operasi pusat membeli-belah pada Isnin.

Walaupun bagaimanapun, Dr. Yurianto menyangkal laporan tersebut.

Jelasnya, jumlah tinggi direkodkan adalah hasil pengesanan kontak yang agresif.

“Kerajaan memutuskan untuk lebih agresif dalam menjalankan pengesanan kontak.

Ujian (kapasiti) meningkat dengan banyak dan ujian juga dijalankan secara meluas sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Ini sebabkan berlakunya peningkatan mendadak,” katanya.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca